Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mbappe pecah rekod jaringan, bantu Perancis tewaskan Greece

Jun 20, 2023 | 04:44 PM



PARIS: Kylian Mbappe mencapai satu lagi mercu tanda dalam kerjaya yang cemerlang dalam membantu Perancis menang 1-0 ke atas Greece dalam kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 pada Isnin.


Mbappe menjaringkan gol menerusi penalti di separuh masa kedua untuk menjadi penjaring gol terbanyak Perancis sepanjang satu musim dengan 54 gol untuk kelab serta pasukan negaranya, lantas mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Just Fontaine pada 1957 hingga 1958.

Ia juga meletakkan penyerang Paris St-Germain itu setanding dengan pemain Norway yang juga penyerang Manchester City, Erling Haaland, yang akan mempunyai peluang menjadi penjaring terbanyak dalam kalangan mereka yang bermain dalam lima liga teratas Eropah apabila pasukan negaranya menentang Cyprus pada Selasa.

Keputusan itu meletakkan Perancis di kedudukan teratas dalam Kumpulan B dengan 12 mata, enam mata di hadapan pencabar terdekat, Greece.

Tuah tidak menyebelahi Greece, yang mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain.

Dalam perlawanan itu, pemain Greece, Konstantinos Mavropanos, telah diperintah keluar padang dalam separuh masa kedua, sejurus selepas Mbappe menjaringkan gol. Ini selepas Mavropanos menjatuhkan Randal Kolo Muani.

Greece berpeluang menjaringkan gol dalam waktu kecederaan yang berlarutan sehingga 14 minit, namun ketandusan idea untuk membolosi gawang Perancis.

Dalam kumpulan yang sama, Republic Ireland meraih kemenangan pertama apabila pasukan itu dengan selesa menundukkan Gibraltar 3-0 di padang sendiri. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >