Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Mbappe yang 'besar kepala' boleh retakkan PSG

Oct 17, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Penyerang berusia 23 tahun ini adalah pemain yang hebat tetapi sifat perengusnya memalukan dan menjadi gangguan besar bagi kelab, jurulatih dan rakan sepasukannya.



Kurang tiga tahun lalu, Kylian Mbappe 'dipanggil' dari bangku simpanan dan menjaringkan hatrik dalam kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara ke atas Club Brugge - namun Christophe Dugarry amat prihatin.



"Saya bimbang dengan pemain ini, impiannya boleh musnah. Saya rasa keadaan boleh menjadi buruk dengan cepat," kata bekas pemain antarabangsa Perancis itu kepada RMC.



Ketika hampir semua orang memberi tumpuan pada paparan hebat daripada bakat luar biasa Mbappe, Dugarry lebih berminat dengan komen penyerang itu selepas perlawanan.



Mbappe menjelaskan beliau memang mahu memulakan perlawanan di Belgium itu. Beliau mengaku "Ia adalah keputusan jurulatih dan anda perlu menerimanya."



Tetapi kemudian serta-merta beliau menambah: "Saya mahu membuktikan sekali lagi bahawa ia sukar untuk menang tanpa saya."



Mbappe sudah tentu telah membuktikan apa yang dimaksudkannya. Beliau juga mencapai keinginannya untuk membuat kehadirannya dilihat sebagai sikap seorang juara sejati - keyakinan yang tidak berbelah-bahagi terhadap kemampuan dirinya dan kepercayaan bahawa beliau harus sentiasa diturunkan untuk beraksi di padang.



Dugarry, bagaimanapun, melihat sesuatu yang lain - pentingkan diri yang semakin berkembang.



Beliau bimbang bahawa remaja itu, yang pernah tidak menghadiri sambutan kemenangan gelaran juara di Monaco hanya untuk mendapatkan tidur yang cukup kian menjadi primadona di PSG.



Beliau meramalkan berlaku "perang ego" di Parc des Princes jika Mbappe dibiarkan tanpa kawalan. "Mungkin saya agak keras terhadapnya," tambah Dugarry, "tetapi ia sama penting menjadi lelaki yang baik dan juga pemain yang hebat."



Tiga tahun kemudian, ramalan pemenang Piala Dunia tersebut terbukti benar.



Berlaku 'perang saudara' di balik tabir dalam PSG dan Mbappe adalah menjadi penyebab kerana kelakuannya yang semakin ego.



Musim ini dipenuhi dengan sifat perengus Mbappe, yang terbaru berlaku selepas keputusan seri tanpa gol menentang Reims, apabila penyerang itu mengkritik keras taktik pasukannya.



Apa yang diperlukan hanyalah penggunaan hashtag '#pivotgang' - merujuk kepada rasa tidak puas hati Mbappe apabila diturunkan sebagai penyerang tunggal oleh bos PSG Christophe Galtier, yang pertama kali diluahkan secara terbuka ketika menyarung jersi pasukan kebangsaannya bulan lalu.



"Saya main berbeza (bersama Perancis)" katanya kepada L'Equipe. "Saya diminta (melakukan) perkara lain di sini berbanding dengan kelab saya. Saya mempunyai lebih banyak kebebasan di sini.



"Jurulatih tahu bahawa ada pemain nombor 9 seperti (Olivier Giroud), yang mengawasi bahagian pertahanan dan saya boleh bebas bergerak. Di Paris, ia berbeza, tidak ada. Saya diminta melakukan 'pivot' (bermain sebagai penyerang tunggal), jadi ia berbeza."



Galtier secara diplomatik menyifatkan kritikan Mbappe sebagai "analisis" dan melabelkannya "adil", mengakui bahawa rancangannya adalah untuk menandatangani penyerang tengah yang lebih ortodok pada musim panas.



"Saya berbincang dengannya semasa pramusim dan ini juga saya lakukan dengan presiden dan (pengarah sukan) Luis Campos," kata bekas bos Nice itu. "Kami semua percaya bahawa kami memerlukan pemain keempat dengan profil yang berbeza. Tetapi pemain keempat ini tidak pernah muncul."



Tidak dinafikan bahawa PSG menunjukkan prestasi yang baik di bawah Galtier, dengan kedua-dua Neymar dan Messi sekali lagi cemerlang dalam pasukan yang kekal tanpa kalah dalam semua pertandingan.



Rintihan Mbappe, kemudian, agak sukar untuk diterima, terutamanya kerana PSG secara berkesan memberinya segala yang beliau mahukan semasa rundingan mereka mengenai kontrak baru pada musim panas lalu.



PSG telah menafikan bahawa Mbappe secara langsung menjadi pengarah sukan de facto apabila beliau bersetuju dengan lanjutan kontrak selama tiga tahun termasuk bayaran £88 juta ($139 juta), tetapi menurut laporan GOAL, ia difahamkan bahawa Presiden Nasser Al-Khelaifi memang berjanji kepadanya untuk melakukan perubahan besar kepada skuad dan di peringkat lembaga pengurusan.



Pertelingkahan Mbappe dengan Neymar juga menjadi buruk Ogos lalu. Pasangan itu sebelum ini rapat. Neymar menyifatkan mereka seperti adik-beradik seawal tahun lalu.



Pada permulaan musim panas lalu, ia kelihatan tiada lagi ruang untuk Neymar di Parc des Princes. GOAL mendedahkan bahawa PSG bersedia untuk menjual pemain Brazil itu, tetapi beliau tidak berniat berpindah kelab menjelang Piala Dunia.



Fokus tunggalnya adalah untuk menjadi cergas sepenuhnya dan berada dalam prestasi terbaik untuk Qatar.



Mungkin tidak mengejutkan, Neymar memulakan kempen 2022-23 dengan cemerlang, sekali gus meletakkan semula dirinya sebagai pemain penting dalam kesebelasan utama dan, lebih penting lagi, bilik persalinan.



Mbappe, sebaliknya, merasakan bahawa setelah dijadikan "faktor penting projek kelab" oleh Al-Khelaifi, beliau tidak diberikan tahap penghormatan yang sama oleh rakan-rakannya seperti Neymar, yang mempunyai persahabatan lama dengan Messi.



Ketegangan antara kedua-dua penyerang itu terdedah ketika menentang Montpellier, dengan duo itu bertelingkah untuk mengambil sepakan penalti.



Setelah gagal menyempurnakan satu penalti, Mbappe mahu mengambil satu lagi penalti untuk menebus kesilapannya. Neymar, bagaimanapun, enggan berundur.



Apapun, Mbappe telah beraksi luar biasa dan mengagumkan untuk menangani tekanan yang telah diletakkan di bahunya sejak namanya mula-mula meledak dalam dunia bola sepak ketika beliau remaja.



Beliau sebelumnya telah menunjukkan tahap kematangan dan kepimpinan yang mengagumkan.



Seperti yang dinyatakan dengan tepat oleh Campos, sewaktu Neymar hambar dan Messi bergelut menyesuaikan diri dalam kelab, Mbappe telah menyatukan PSG musim lalu - tetapi kini, beliau seperti akan memecah-belah mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >