Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA ENGLAND

Menang tapi Rangnick tak puas hati prestasi Man United

Kelab Old Trafford mara ke pusingan keempat tapi agak bernasib baik apabila dua gol Villa dinafikan VAR
Jan 12, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United mara ke pusingan keempat Piala FA selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Aston Villa semalam, tetapi pengurusnya Ralf Rangnick berkata beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi anak didiknya.



Rangnick akur United jauh daripada menyerlah walaupun mencatatkan kemenangan.



"Untuk mengatakan ia adalah perlawanan sempurna, tiada siapa akan percaya. Sudah tentu ia tidak," kata Rangnick.



"Kami masih memerlukan beberapa perkara yang boleh dilakukan dengan lebih baik tetapi kemenangan tanpa gawang kami dibolosi adalah penting hari ini dan kami saling bekerja sama.



"Masih terdapat banyak perkara yang boleh diperbaiki tetapi ia lebih mudah untuk melakukannya dengan kemenangan 1-0 ini," kata Rangnick.



Kemenangan itu namun, amat diperlukan Rangnick, terutama selepas United tewas 0-1 kepada Wolverhampton Wanderers di padang sendiri pada minggu lalu.



Awal pagi semalam, gol tunggal perlawanan diperolehi menerusi jaringan awal Scott McTominay.



Pemain antarabangsa Scotland itu menanduk masuk jaringan buat tuan rumah lapan minit selepas wisel mula, namun Villa hampir mengecewakan lawan dengan beberapa peluang baik di samping kontroversi teknologi penolong pengadil maya (VAR) yang menafikan jaringan penyamaan Danny Ings pada babak kedua.



Dalam pada itu, ketiadaan Cristiano Ronaldo dari kesebelasan utama United terus mencetuskan keprihatinan.



Ronaldo, bersama Jadon Sancho, Harry Maguire dan Phil Jones, kesemuanya juga terlepas beraksi semasa United tewas kepada Wolves dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) minggu lalu.



Tahap kecergasan Ronaldo kini menjadi tanda tanya, walaupun Maguire dan Jones dijangka kembali beraksi apabila The Red Devils berkunjung ke Villa dalam EPL Sabtu ini.



Mengenai ketiadaan Ronaldo, Rangnick berkata: "Saya bercakap dengan Cristiano semalam sebelum latihan, dia memberitahu saya dia menghadapi masalah kecederaan sejak beberapa hari lalu.



"Ia kecederaan ringan jadi kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang risiko dengan merehatkannya.



"Beliau dibelenggu masalah otot pinggul. Saya tidak fikir ia begitu serius," kata Rangnick.



Bagaimanapun tidak banyak perubahan dilihat dalam aspek persembahan United walaupun mereka mara ke pusingan keempat pertandingan merebut piala berprestij itu untuk bertemu dengan Middlesbrough.



Bekas bintang Liverpool, Steven Gerrard, yang kini merupakan bos Villa, juga mendapat reaksi hangat daripada peminat apabila beliau kembali ke Old Trafford.



Walaupun dua gol pasukannya dibatalkan oleh VAR, Gerrard enggan menyalahkan pengadil.



"Apabila VAR ada di situ dan membuat keputusan, anda perlu menerimanya... tiada apa yang anda boleh lakukan untuk mengubahnya. Jalan keluar yang mudah adalah untuk menyalahkan nasib dan pengadil tetapi kami tidak akan berbuat begitu," kata Gerrard. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >