Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Messi ingin ‘nikmati setiap detik’ baki kerjaya

Aug 24, 2023 | 03:58 PM



MIAMI: Lionel Messi berkata beliau ingin sekali ‘menikmati setiap detik’ baki kerjayanya dan langsung tiada tarikh dalam minda bila beliau akan menggantung but.


Pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu menang trofi pertamanya bersama kelab barunya, Inter Miami, menerusi tendangan penalti semasa menentang Nashville, dalam final Piala Liga.

Ia jaringan ke-10 beliau dalam tujuh permainan sejak berpindah ke kelab Florida itu.

Pemain berusia 36 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun setengah dengan Miami pada Julai namun berkata yang beliau belum memikirkan langsung akan masa depannya selepas kontrak itu berakhir.

“Saya tidak fikirkan tentang persaraan. Saya gemar bermain, saya gemar menendang bola di padang, bersaing dan berlatih,” kata pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu dalam satu temu ramah dengan Apple TV+.

“Saya tidak tahu berapa lama lagi saya akan bermain, tapi saya akan manfaatkan setiap peluang itu selagi boleh.

“Saya masih ada masa untuk fikirkan apa akan terjadi selepas itu, saya akan menganalisis dan buat pilihan,” katanya dalam interviu tersebut, yang dirakam sebelum kemenangan bersama pasukan kelab Bola Sepak Liga Utama (MSL) itu.

“Kini apa yang lebih penting adalah menikmati apa yang ada, dan apa jua, tidak kira sedikit atau banyak.

“Nikmati setiap detik, terutamanya kerana semua ini tidak akan kembali dan saya tidak kecewa akan apa-apa jua,” tambahnya.

Messi berkata bahawa pengalamannya sejauh ini bersama Inter Miami membuatnya lebih yakin yang beliau telah membuat langkah betul apabila kontraknya dengan Paris Saint-Germain berakhir dan beliau menekankan akan kekecewaanya di ibu kota Perancis itu.

Bermain bersama Inter Miami, katanya, “merupakan keputusan keluarganya agar dapat memperoleh sesuatu yang baik buat kami sekeluarga. Kami telah habiskan dua tahun yang sukar, dan sebenarnya apa yang kami raih sepanjang tempoh itu tidaklah baik”.

“Masa saya bersama pasukan nasional merupakan detik manis buat saya kerana saya nikmati di mana saya berada, bersama rakan-rakan sepasukan dan saya ke mari kerana ingin rasakan pengalaman serupa.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >