Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Matlamat Neymar di Eropah belum tercapai, sudah ke Al-Hilal?

Aug 28, 2023 | 05:31 AM



ARAB SAUDI: Enam tahun lalu, Neymar Junior meninggalkan kelab bolasepak Sepanyol, FC Barcelona untuk ke Paris St-Germain (PSG) di Perancis dengan rekod yuran pemindahan tertinggi bernilai £200 juta ($346 juta).


Kini, bintang sukan kelahiran Brazil yang nama penuhnya adalah Neymar da Silva Santos Junior, sekali lagi akan berpindah kelab, meninggalkan bola sepak Eropah buat sementara waktu, untuk ke Liga Saudi bersama pemain-pemain ternama yang lain.

Beliau dikhabarkan akan dibayar sebanyak £129 juta ($223 juta) setahun di Al-Hilal, enam kali ganda jumlah yang beliau nikmati di PSG.

Neymar, 31 tahun, telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Al-Hilal yang berpangkalan di Riyadh, ibu kota Arab Saudi.

Walaupun telah memenangi 13 piala, termasuk lima trofi Liga Perancis, penyerang yang mempunyai sentuhan emas ini bagaimanapun gagal mencapai matlamatnya semasa di PSG, untuk meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Uefa.

“Neymar akan melihat permindahan ini sebagai sementara, beliau akan kembali ke bola sepak Eropah dalam masa dua tahun,” kata Tim Vickery, pakar bola sepak Amerika Selatan kepada BBC.


Banyak yang telah berlaku sepanjang tempoh kerjayanya dan pihak media menyingkap perjalanan beliau:

2009 Mula kerjaya profesional di kelab Santos FC, Brazil


Neymar menandatangani kontrak profesional pertamanya untuk Santos di Brazil, apabila beliau berusia 17 tahun. Beliau menghabiskan musim itu dengan menjaringkan 14 gol dalam 48 perlawanan.

2010 Wakili pasukan kebangsaan Brazil


Hanya setahun selepas penampilan profesionalnya, beliau telah dipanggil untuk mewakili pasukan Brazil. Neymar telah menjaringkan 77 gol dalam 124 penampilan untuk Brazil.

2013 Kejayaan bersama kelab Barcelona dan Brazil


Setelah membantu Santos memenangi piala Copa Libertadores pertama mereka, Neymar berpindah ke Barcelona. Neymar, Lionel Messi dan Luis Suarez digelar sebagai ‘MSN’, set penyerang yang digeruni lawan.

Neymar membantu Barcelona memenangi Liga Sepanyol (La Liga), piala Copa del Rey dan Liga Juara-Juara UEFA di musim keduanya bersama Barcelona. Beliau juga membantu negaranya menjulang Piala Konfederasi Fifa dan telah dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

2014 Kekecewaan Piala Dunia


Ramai mengharapkan Neymar untuk memimpin Brazil dan menjulang Piala Dunia 2014. Malangnya, beliau tercedera pada peringkat suku akhir, apabila ditendang oleh pemain Colombia, Juan Zuniga.

Walaupun Brazil berjaya memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-1, Neymar tidak lagi boleh bermain di Piala Dunia tersebut akibat tulang punggungnya, atau vertebra, patah. Brazil ditumpaskan Jerman 7-1 pada peringkat separuh akhir sebelum muncul juara bagi kejohanan berprestij itu.

2016 Pingat emas Olimpik


Neymar mewakili Brazil untuk Olimpik 2016 di Rio di Brazil, dan beliau menjaringkan sepakan penalti untuk mendapatkan pingat emas bola sepak pertama Olimpik untuk negaranya.

2017 Pemindahan ke Perancis


Setelah menjaringkan 105 gol dalam 186 penampilan untuk Barcelona, Neymar ke PSG dengan yuran pemindahan tertinggi, £200 juta ($346 juta). Beliau menjaringkan 28 gol dalam 30 perlawanan untuk PSG dan memenangi Liga Perancis, Piala Perancis dan Piala Liga.

Namun, musimnya terbantut selepas jari kaki beliau patah.

2019-20 Liga Juara-Juara Uefa tapi masa depan tidak menentu


Setelah dua tahun bersama PSG, khabar angin tentang kemungkinan pemergian Neymar kembali ke Barcelona mula muncul.

2021-23 Pemergian Neymar kian dekat


Neymar sekali lagi bermain bersama bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, selepas Messi berpindah ke PSG pada Ogos 2021, tetapi musim itu sangat mengecewakan Neymar. Beliau hanya menjaringkan 13 gol sepanjang musim tersebut dan jumlah gol yang dicapai dianggap sebagai yang paling teruk baginya.

Musim seterusnya, Neymar menjaringkan 13 gol dan hantaran sepakannya atau ‘assist’ membawa kepada jaringan gol oleh rakan sepasukan dalam lima perlawanan pertama tetapi beliau cedera lagi untuk keseluruhan musim itu.

Neymar belum mencapai matlamat untuk mengharumkan nama negaranya menjuarai Piala Dunia. Pemergian beliau ke Al-Hilal menimbulkan tanda tanya sekiranya beliau telah mencapai potensi sepenuhnya.

Apapun, kecemerlangan Neymar tetap tidak boleh dinafikan. Kita hanya boleh berharap Neymar akan mengekalkan prestasinya dan kembali semula ‘menggegarkan’ bola sepak Eropah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >