BOLA sepak nasional mungkin merundum tetapi peminat setempat sukan itu berpeluang menikmati aksi kelas dunia apabila Stadium Negara menjadi tuan rumah kepada kejohanan terbesar dalam sejarahnya, menampilkan bintang dunia seperti Lionel Messi, Neymar, Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic.
Ini menyusuli laporan akhbar Inggeris setempat yang menyatakan bahawa Hab Sukan Singapura kini giat menjalankan perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk membawa Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) ke Stadium Negara pada pertengahan tahun ini nanti.