Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tinju tendang: Duo S’pura raih 9 pingat di Terbuka Antarabangsa India

Feb 12, 2024 | 05:09 PM



Pasukan tinju tendang Singapura mengharumkan nama negara apabila dua atletnya menggondol sembilan pingat di kejohanan Terbuka Antarabangsa India Persatuan Pertubuhan Tinju Tendang Dunia (Wako).

Petinju tendang bentuk kreatif nombor tujuh dunia wanita Valencia Yip dan muka baru Shaikh Abdullah Mohammed Rafi secara keseluruhan membawa pulang empat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Edisi ketiga kejohanan itu, yang berlangsung di New Delhi pada 7 hingga 11 Februari, melibatkan lebih 600 atlet.

Yip, 33 tahun, meraih pingat dalam setiap acara yang disertainya.

Juara Piala Dunia pertama Singapura itu menang dua emas bagi acara Bentuk Kreatif dan Senjata Bentuk Kreatif, sebutir perak dalam acara Bentuk Muzikal dan sebutir gangsa dalam acara Senjata Bentuk Muzikal.

Walaupun berpuas hati dengan prestasi dalam kejohanan pertamanya dalam 2024, Yip berkata: “Ada beberapa bahagian yang saya boleh lakukan dengan lebih baik lagi.

“Naluri warga Singapura dalam diri saya inginkan kesempurnaan, tetapi saya juga belajar supaya tidak terlalu menghukum diri pada pertandingan pertama saya bagi tahun ini (2024).

“Bertanding secara intensif selama lapan jam terbukti meletihkan tetapi saya pasti teruja kerana ini kali pertama saya mendapat pingat dalam kesemua empat kategori yang saya sertai.”

Shaikh, 25 tahun, juga teruja dengan penampilan sulungnya.

Bertanding dalam enam kategori, beliau puas hati kerana naik podium lima kali.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan keghairahan saya. Memenangi lima pingat dalam satu kejohanan adalah sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Shaikh menang dua emas dalam acara Kick Light 74kg dan 79kg, sebutir perak dalam Point Fighting 79kg serta dua gangsa dalam acara Point Fighting 74kg dan ‘Light Contact’ 74kg.

Berkongsi pengalamannya, beliau berkata: “Keadaan sangat teruk pada suatu ketika hingga kaki saya kejang akibat persaingan yang lama dan kaki saya terhenti bergerak semasa peringkat akhir Kick Light 74kg.

“Saya hampir kalah dan membiarkan keletihan menguasai saya, tetapi saya sangat berterima kasih kepada jurulatih kerana mendorong saya pada peringkat akhir itu.” 

Ketua jurulatih Persekutuan Tinju Tendang Singapura (KFS), Brian Beck, berkata pencapaian itu membuktikan usaha gigih anak didiknya selama ini.

“Mereka menunjukkan potensi besar dan setakat ini merupakan atlet paling berdedikasi yang pernah saya lihat di dunia.

“Saya tumpang gembira menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dan mendorong mereka mencapai potensi masing-masing,” kata warga Britain itu, yang telah membimbing hingga tercapai rekod 32 pingat antarabangsa pasukan Singapura.

Presiden KFS, Jason Lim, memuji pengorbanan atletnya.

“Saya mesti mengiktiraf kedua-dua Valencia dan Shaikh atas pengorbanan dan kesungguhan mereka bersaing walaupun dalam cuti musim perayaan.

“Ia menunjukkan komitmen mereka kepada sukan ini dan saya gembira usaha mereka membuahkan hasil,” katanya.

Duo itu kembali ke tanah air pada 13 Februari sebelum ke Eropah untuk bertanding dalam Kejuaraan Terbuka Yokoso di Belanda dan Piala Dunia Italy pada Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >