Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Misi hampir mustahil bagi Leeds

May 28, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Dalam musim pertamanya kembali ke Liga Perdana England, Leeds United merupakan pasukan ‘favourite’ ramai peminat bola sepak.

Pada musim 2020/21 itu, di bawah pimpinan jurulatih Argentina, Marcelo Bielsa, Leeds mempamerkan gaya permainan yang menarik dan mampu mengekalkan status mereka dalam Liga Perdana.

Namun, musim kedua mereka dalam kalangan kelab-kelab elit England lebih mencabar dan Leeds nyaris-nyaris tersingkir semula ke Liga Kejuaraan, dengan hanya tiga mata memisahkan mereka dengan kelab yang tersingkir ketika itu, Burnley.

Biesla dipecat dan digantikan dengan Jesse Marsch. Namun, nasib Leeds tidak berubah dan Marsch turut dipecat dan digantikan dengan Sam Allardyce, yang mempunyai empat perlawanan untuk menyelamatkan Leeds.

“Allardyce mempunyai sentuhan emas dalam menyelamatkan pasukan dari tersingkir...beliau seorang jurulatih berpengalaman namun saya rasa tugas ini terlalu mencabar,” kata pengulas bola sepak dan bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand.

Ferdinand, yang pernah mewakili Leeds, berkata pasukan tersebut berada dalam kedudukannya sekarang kerana gagal menggantikan pemain yang bertindak cemerlang dalam musim pertamanya.

“Mereka kehilangan Raphinha (ke Barcelona) dan Kalvin Philips (ke Manchester City), dua tunggak penting pasukan ini dalam corak permainan yang ingin mereka ketengahkan.

“Kemudian penyerang utama mereka, Patrick Bamford, yang mempunyai musim menakjubkan pada 2020/21, dihantui masalah kecederaan dan hilang form,” kata Ferdinand lagi.


Dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspurs Ahad malam (11 malam, waktu Singapura), meskipun berjaya meraih tiga mata penuh, Leeds masih memerlukan perlawanan melibatkan Everton dan Leicester City untuk berpihak kepada mereka.

“Ia memang sesuatu yang tidak ideal,” ujar Allardyce mengulas keadaan Leeds menjelang perlawanan terakhir dan penentuan musim ini.

“Namun, sebuah kelab, kita harus bersikap yakin yang keadaan akan menyebelahi kita. Dan apa yang penting ialah kita menyempurnakan tugas di padang, selama 90-minit menentang Spurs.

Malangnya bagi Leeds, Spurs juga melangkah ke perlawanan ini dengan azam merebut tiga mata bagi mempunyai peluang melayakkan diri ke pertandingan Eropah menerusi Liga Conference Europa.

Pengurus sementara Spurs, Ryan Mason, berkata:

“Kami simpati dengan keadaan Leeds. Tapi kami juga mempunyai matlamat kami sendiri. Di padang, tiada emosi sedemikian, hanya kemahuan untuk menang dan memberi peluang kepada Spurs dan peminat kami untuk menikmati penghujung musim yang baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >