Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Mo Salah, rakan aksi di Stadium Negara 15 Jul

Liverpool, Palace bertarung di depan peminat SG sempena Piala S'pura Standard Chartered
Apr 27, 2022 | 05:30 AM



PEMINAT setia Liverpool, Mohammad Muhaimin Abdul Rahman, tekad untuk menyaksikan Anfield di Stadium Negara pada Julai ini.



Kelab gergasi Liga Perdana England (EPL) itu akan turun padang untuk menggegarkan Stadium Negara pada 15 Julai ini apabila bertemu satu lagi kelab EPL, Crystal Palace, dalam pertandingan Piala Singapura Standard Chartered 2022, yang diadakan buat julung-julung kali.



Muhaimin, 39 tahun, yang bertugas di sebuah syarikat logistik, rasa ghairah bahkan menjangka perlawanan itu akan berlangsung seperti "di laman sendiri".



"Saya telah membawa anak perempuan saya ke acara berkaitan Liverpool sejak dia berusia seawal setahun dan kini dia sudah 13 tahun. Kami tidak sabar untuk ke stadium dan menonton perlawanan Liverpool bersama.



"Ia pastinya akan menjadi satu detik yang berharga," katanya, yang menyokong The Reds sejak tahun 1990-an dan pernah ke Anfield dua kali pada 2018 dan 2020.



"Kami akan menyanyikan lagu You'll Never Walk Alone dan memberi pasukan Liverpool yang datang ke sini suasana seperti di Anfield."



Selain beraksi dalam perlawanan tersebut, Liverpool, yang memburu kejuaraan EPL kedua mereka dalam tiga tahun musim ini, akan juga mengadakan satu sesi latihan yang dibuka kepada awam di Stadium Negara pada 14 Julai.



Tiket bagi perlawanan antara Liverpool dengan Palace dijual dengan harga dari $149. Tiket berharga $39 pula dikenakan bagi menonton sesi latihan terbuka Liverpool, kata penganjur TEG Sport dan Left Field Live dalam satu sidang media semalam.



Semua tiket boleh dibeli di www.ticketek.com.sg pada 17 Mei ini. Mereka yang ingin mendapatkan tiket boleh mendaftar minat mereka menerusi senarai tunggu https://bit.ly/SCST2022 sejak semalam.



Pengarah pengurusan TEG Asia, Brendon Bainbridge, berkata: "Liverpool adalah jenama yang kuat di rantau ini, bukan sahaja Singapura tapi juga Malaysia, Indonesia dan pasaran membangun.



"Kita tidak mempunyai bola sepak bertaraf dunia di sini sejak beberapa tahun lalu (dek Covid-19) lantas kami percaya akan ada minat yang besar daripada penyokong setia bola sepak."



TEG Sport dan Left Field Live adalah penganjur bagi Lawatan Global Brazil pada 2019, di mana Brazil mengadakan perlawanan persahabatan menentang Nigeria dan Senegal di sini.



Turut hadir di sidang media pagi semalam ialah legenda Liverpool, Jason McAteer, dan legenda Crystal Palace dan kini pemain kelab Liga Perdana Singapura Hougang United, Andre Moritz.



Kali terakhir Liverpool berada di Kota Singa adalah pada 2011 untuk satu sesi latihan terbuka. Ini adalah kali pertama Palace, yang dipimpin Patrick Vieira, beraksi di Singapura. Namun pertemuan di Stadium Negara nanti bukan kali pertama kededua pasukan bertemu di Asia.



Mereka telah bertemu dalam satu perlawanan pramusim di Hong Kong pada 2017, yang berakhir dengan kemenangan 2-0 bagi Liverpool.



Kelab Anfield pimpinan Juergen Klopp berada pada prestasi hebat musim ini. Ia telah memenangi Piala Liga dan kini menduduki tangga kedua liga, satu mata di belakang pendahulu Manchester City. Ia juga telah melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan di final Piala FA.



Piala Singapura Standard Chartered 2022 ditaja oleh Standard Chartered dan gedung kereta dalam talian CARRO. Kejohanan itu juga akan ditayangkan secara langsung di saluran sukan baru Starhub, Hub Premier, yang akan dilancarkan Julai ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >