Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mohamed Salah kecewa Liverpool gagal ke Liga Juara-Juara

May 26, 2023 | 02:04 PM



LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, akur kecewa kerana kelab tersebut gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dan berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku.


Salah berkata demikian di media sosial menyusuli kemenangan Manchester United ke atas Chelsea yang sekali gus menjamin tempat kelayakan terakhir bagi kelab seteru itu.

Ini bermakna Liverpool kekal di tempat kelima dan akan bermain dalam Liga Europa – satu divisyen lebih rendah – pada musim depan.

“Kami telah mengecewakan peminat dan diri kami sendiri,” kata Salah, 30 tahun, yang berasal dari Mesir.

Liverpool menang tujuh daripada lapan perlawanan terakhir dalam usaha ‘terlewat’ untuk meraih tempat keempat dalam Liga Perdana England (EPL). Namun momentum kemenangan itu tiba terlalu lewat dalam musim yang mengecewakan.

United hanya perlukan satu mata semasa bertemu Chelsea dalam perlawanan penting musim ini bagi mengesahkan tempat mereka dalam Liga Juara-Juara. Ia menyertai juara EPL, Manchester City, Arsenal (yang menduduki tempat kedua) dan Newcastle United (tempat ketiga), sebagai kontinjen England ke pertandingan elit Eropah musim depan.

“Kami mempunyai segalanya yang diperlukan untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan dan kami gagal melakukannya,” kata Salah, yang merupakan sebahagian pasukan Liverpool yang menang kejuaraan itu pada musim 2018-2019 dan tewas dalam final pertandingan sama pada 2022.

“Kami adalah Liverpool dan melayakkan diri ke pertandingan tersebut merupakan paling sedikit yang sepatutnya diperolehi.

“Saya minta maaf tapi agak terlalu awal untuk memberikan catatan yang memberangsangkan atau yang optimistik.”

Liverpool memulakan kempen ini dengan bersemangat selepas berjaya tundukkan Manchester City dalam Community Shield namun menyusuli itu, hanya menang dua daripada lapan perlawanan EPL mereka.

Mereka hadapi kesukaran semasa di padang lawan dalam musim prestasi tidak konsisten, tetapi mula menunjukkan persembahan lebih baik baru-baru ini. Malah, tiga daripada lapan kekalahan yang dialami mereka di tempat lawan adalah kepada kelab yang dianggap lebih lemah, iaitu Nottingham Forest, Wolves dan Bournemouth.

Namun, Anfield kekal bak kubu bagi Liverpool. Ia hanya tewas satu perlawanan – kepada Leeds United – di padang sendiri sepanjang musim EPL. ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >