Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Newcastle tidak terlintas layak ke Liga Juara-Juara

Jurulatih Eddie Howe tidak sangka pasukan cemerlang lepas terkial-kial untuk keluar zon penyingkiran musim lalu
May 23, 2023 | 03:03 PM



LONDON: Melayakkan diri ke Liga Juara-Juara bukan sesuatu yang terlintas dalam fikiran pengurus Newcastle United, Eddie Howe, semasa kempen Liga Perdana England (EPL) musim ini bermula.


Namun, Newcastle layak ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang – pertama kali sejak 2003 – selepas menduduki empat tempat teratas EPL setelah seri dengan Leicester pada malam Isnin.

Apabila Howe mengambil alih memimpin pasukan itu pada 8 November 2021, Newcastle berada di kedudukan ke-19 dalam EPL.

“Memang jangkaan kami bukan empat tempat teratas,” kata Howe kepada Sky Sports selepas pasukannya seri dengan Leicester.


“Saya fikir anda sentiasa berharap, anda sentiasa percaya dan anda perlu mempunyai impian.

“Tapi kami tidak rasakan yang kami bersedia untuk itu. Selepas musim lalu kami bertarung untuk keluar daripada zon relegasi, fikirannya adalah sekiranya kami dapat satukan sebuah pasukan yang lebih baik.

“Mujur kami tidak diturunkan ke liga selanjutnya dan selapas itu kami cuba sedaya upaya,” tambah Howe.







Pemain midfield Newcastle Sean Longstaff pula berkata kepada Sky Sports:


“Jika anda beritahu kami dua tahun lalu bahawa ini akan berlaku, kami mungkin tidak percaya pada apa yang anda katakan.”

Pada 7 Oktober 2021, Newcastle, yang bertarung dalam zon relegasi EPL, diambil alih pemilik Arab Saudi dalam satu transaksi bernilai £305 juta ($510 juta).

Sekitar 13 hari kemudian, pengurus pasukan ketika itu, Steve Bruce, dipecat.

Menjelang Disember tahun itu, dan dengan Howe mengambil alih selaku pengurus, Newcastle hanya meraih tujuh mata daripada 14 perlawanan.

Mereka kemudian berupaya membelanjakan £85 juta – mendapatkan pemain seperti pemain pertahanan Kieran Trippier, bekas penyerang Burnley Chris Wood, pemain midfield Bruno Guimaraes, dan pemain tengah Dan Burn yang membantu mengubah nasib pasukan itu dengan menduduki tangga ke-11.

Dalam kempen musim ini, mereka hanya tewas lima perlawanan EPL, lantas mengembalikan impian bermain dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 20 tahun lalu.

“Kami telah menewaskan Juventus 1-0 (dalam Liga Juara-Juara), dan anda boleh menontonnya dalam DVD lama.

“Sudah pasti saya teruja menjadi sebahagian daripada ini. Ia pastinya istimewa,” kata Longstaff.

Sementara itu, Howe menafikan sebarang perbincangan untuk berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat pemain baru semasa musim panas akan datang.







Beliau berkata:

“Kami ada juga meninjau sekumpulan kecil pemain. Kami perlu merekrut secara munasabah, seperti yang telah kami lakukan selama kini. Tidak dinafikan ia paling sukar buat kami.

“Setiap kali anda mencapai sesuatu anda bukan sekadar gembira untuk turut serta. Anda ingin berjaya dan inginkan kejayaan itu.

“Saya inginkan kejayaan besar buat pasukan ini. Kami akan bergembira buat masa ini, tapi kami juga akan berusaha kembalikan kegemilangan pada masa akan datang,” tambahnya.

Bekas pemain pertahanan Liverpool Jamie Carragher berkata kepada Sky Sports:


“Saya gembira mereka menduduki empat tempat teratas. Memang seronok menonton corak permainan Newcastle kini.

“Saya fikir Newcastle kini jauh di hadapan.

“Mereka memang telah belanja besar sebelum ini namun pasukan itu sebenarnya bukan empat pasukan teratas jika dinilai secara terperinci.

“Ramai yang fikir Eddie Howe akan dapat mengeluarkan mereka daripada zon relegasi, namun jika dinilai beliau telah melakukan kerja paling baik untuk kelab itu dalam EPL,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >