Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persisi meterai 2 MOU pupuk bakat silat kanak-kanak, belia

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Silat Singapura (Persisi) akan mengembangkan usaha untuk memupuk jaguh silat masa depan dengan bekerjasama dengan kumpulan masyarakat seperti Project Pencil dan Nur Insan.



Persekutuan itu menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MOU), bersama Project Pencil dan satu lagi bersama Nur Insan.



Majlis MOU telah diadakan pada 28 Januari di OCBC Arena Hall 4.



Kedua-dua MOU berlangsung selama setahun dan bertujuan memberi latihan silat kepada kanak-kanak dan belia, serta laluan ke pasukan nasional.



Pihak yang terlibat dalam pemeteraian itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi, Sheik Alau'ddin Yaacob Marican, Pengarah Bohme, Encik Muhammed Hassan, Pengasas Project Pencil, Cik Sarimah Amat, dan Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Faaris Ameerjan.



Persisi telah bekerjasama dengan Project Pencil sejak tahun lepas untuk menyediakan program silat untuk kanak-kanak di bawah jagaan mereka.



Selepas majlis MOU itu, kanak-kanak yang menyertai program silat dengan Project Pencil pada tahun lalu akan beralih ke pasukan silat nasional.



Project Pencil, yang diasaskan pada 2014, adalah badan amal yang mengumpul dan mengedarkan alat tulis kepada kanak-kanak yang memerlukan.



Ia juga merupakan ahli Bohme, sebuah pertubuhan bukan mencari untung yang berdedikasi untuk menyokong dan memberi khidmat kepada kebaikan kanak-kanak dan keluarga.



SSF juga akan memulakan sebuah program tahun ini untuk kanak-kanak di bawah jagaan Nur Insan, memberi mereka latihan silat dan peluang berlatih bersama atlet nasional.



Nur Insan adalah sebuah pusat pembelajaran yang membantu keluarga dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.



Ia dahulu dikenali sebagai Hab Pendidikan Nur Insan dan diasaskan oleh Allahyarham Encik Ameerjan Haji Sheriff, bapa Encik Muhammad Faaris.



Pusat pembelajaran itu memberi perkhidmatan kepada keluarga berpendapatan rendah di kawasan utara Singapura dengan memberikan mereka pengetahuan Islam melalui pendidikan percuma.



Atlet nasional SSF turut membuat persembahan untuk kanak-kanak di bawah jagaan Project Pencil dan Nur Insan yang menghadiri majlis MOU tersebut.



Kanak-kanak tersebut juga mengambil bahagian dalam sesi latihan singkat selepas pemeteraian MOU untuk mengujakan mereka untuk masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >