Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mourinho dipecat Roma: ‘Saya bukan masalahnya’

Jan 17, 2024 | 12:31 PM
‘SUMPAHAN’ MUSIM KETIGA: Jose Mourinho dipecat oleh Roma pada musim ketiga beliau, selepas prestasi teruk pasukannya di liga Italy. Ramai yang mengatakan musim ketiga Mourinho merupakan masa di mana prestasi pasukannya mula merosot.
‘SUMPAHAN’ MUSIM KETIGA: Jose Mourinho dipecat oleh Roma pada musim ketiga beliau, selepas prestasi teruk pasukannya di liga Italy. Ramai yang mengatakan musim ketiga Mourinho merupakan masa di mana prestasi pasukannya mula merosot. - Foto AFP

ROME: Selepas 929 hari yang mempunyai saat-saat kejayaan Eropah, kad merah dan detik ikonik, tempoh Jose Mourinho di Roma telah berakhir.

Ini merupakan kali ke-10 beliau mengambil jawatan sepenuh masa sebagai seorang pengurus, dan masanya di Roma memikat hati penyokong Roma.

Namun, selepas kempen liga yang mengecewakan, disiplin buruk dan satu lagi kekalahan atas pesaing mereka, Lazio, ia bermakna masa Mourinho di Roma sudah tamat.

Apa silap Mourinho hingga pasukannya yang mara ke peringat akhir Eropah berturut-turut, yang dikatakan menandakan kebangkitan semula Roma, kini terus merosot?

Ia sering dikatakan bahawa musim ketiga atau keempat di bawah bimbingan Mourinho merupakan tempoh yang mana prestasinya mula merosot dengan mendadak.

Perkara yang sama boleh dikatakan tentang masanya di Roma, kerana ini merupakan musim ketiga beliau.

Beliau mengakhiri dua musim berturut-turut di tempat keenam. Ini kurang memuaskan kerana Roma mengakhiri di kedudukan serupa sebelum di bawah bimbingan Mourinho.

Mourinho meraih kejayaan melalui kempen Eropahnya dan lebih penting, inilah caranya beliau memenangi hati penyokong setia Roma.

Apabila musim ini bermula, ada yang terperanjat bahawa Mourinho masih kekal di Roma selepas perselisihan faham tentang apa yang dibenarkan beliau lakukan di pasaran perpindahan.

Beliau juga dikatakan akan mengambil jawatan sebagai pengurus Paris St-Germain pada akhir musim lalu.

Enam perlawanan musim Serie A kemudian, Roma menduduki tempat ke-16 dengan hanya lima mata. Pada ketika itu, Mourinho berkata beliau bukan masalahnya.

“Tiga bulan lalu pemergian saya dilihat hampir sebagai satu tragedi,” katanya.

“Saya menerima tawaran terbesar yang pernah diterima sebagai seorang jurulatih dalam sejarah bola sepak. Dan saya menolaknya.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg