LONDON: Louis Van Gaal membantu Manchester United menjulang Piala FA semalam, mengakhiri musim yang mengecewakan dengan memenangi trofi pertama dalam dua musim.
Namun pencapaian itu tidak memadai bagi menyelamatkan kerjaya Van Gaal di Old Trafford, dengan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho, dijangka mengambil alih jawatannya sebagai pengurus pasukan tidak lama lagi.