PARIS: Novak Djokovic (atas) berjaya memenangi kejohanan Paris Masters kelimanya setelah mengalahkan dengan mudah pemain muda Canada, Denis Shapovalov, dalam perlawanan akhir kelmarin, sekali gus mencerahkan peluangnya merebut tempat pemain lelaki nombor satu dunia sebelum hujung tahun ini.
Djokovic menang 6-3, 6-4 ke atas pemain berusia 20 tahun itu yang gementar sepanjang perlawanan.