Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Muncul kali pertama sejak cedera Eriksen hebat bantu Man U menang

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Christian Eriksen beraksi hebat di tengah padang untuk mengawal perlawanan dan membolehkan Manchester United menundukkan Nottingham Forest 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Ahad.



Keputusan itu sekali gus membolehkan United melompat ke tangga ketiga liga, dengan musim berbaki lapan perlawanan.



Eriksen, yang beraksi dalam perlawanan pertama sejak mengalami kecederaan pada Januari berjaya mempengaruhi perlawanan dan tidak menunjukkan sebarang tanda 'karat', walaupun beliau hanya disertakan dalam kesebelasan utama selepas Marcel Sabitzer mengalami kecederaan sejurus sebelum perlawanan bermula.



Bersama Bruno Fernandes, Eriksen membantu United menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama, dengan Jadon Sancho dan Fernandes bergilir-gilir mensesiakan peluang awal untuk membuka tirai jaringan.



Gol pertama dijaringkan oleh Antony, sebelm Diogo Dalot menggandakan jaringan dengan perlawanan berbaki 14 minit.



Kemenangan itu bererti United kini mempunyai 59 mata selepas 30 perlawanan, tiga mata di atas Newcastle, pesaing terdekat bagi tempat Liga Juara-Juara Eropah.



United kini mendahului Tottenham Hotspur - di tangga kelima - dengan kelebihan tiga mata, walaupun kelab yang berpangkalan di London itu telah beraksi lebih satu permainan.



Bercakap kepada wartawan di akhir perlawanan, pengurus United, Erik Ten Hag, berkata kehadiran Eriksen di bangku simpanan bermakan pasukannya tidak terjejas apabila Sabitzer terpaksa digugurkan di saat terakhir kerana cedera.



"Namun, dengan Eriksen di bangku simpanan, kehilangan Sabitzer tidak melemahkan pasukan," kata beliau.



Mengulas lebih lanjut mengenai kepentingan kemenangan itu, Ten Hag berkata ia adalah kemenangan yang dicapai dengan baik dan pemainnya fokus mencapai matlamat yang ditentukan.



Selain bersaing bagi kelayakan Liga Juara-Juara, United juga berdepan dengan Sevilla di suku akhir Liga Europa pada Khamis ini.



Menyusuli itu, ia akan berentap dengan Brighton di separuh akhir Piala FA pada Ahad ini.



Sementara itu kekalahan Nottingham Forest kepada United itu pula bermakna anak didik Steve Cooper terus terjerumus di tangga ke-17 dalam liga, dengan hanya 27 mata daripada 31 perlawanan.



Ia menentang Liverpool dalam perlawanan seterusnya dan Cooper berkata pasukannya menghadapi tempoh hujung musim yang sukar.



"Di saat ini, kami hanya mampu bertarung bermati-matian dalam setiap perlawanan dan berharap keadaan akan berubah," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >