Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Serena Williams beri tumpuan sebagai ibu, usahawan

Apr 22, 2024 | 05:30 AM



CALIFORNIA: Bekas bintang tenis terkemuka Amerika Syarikat, Serena Williams, telah mengubah keutamaan dalam kehidupannya.


Meskipun giat dalam perniagaan selaku seorang usahawan, beliau mendedahkan dirinya amat memberi perhatian kepada usaha untuk menjadi “ibu yang baik”.

Selepas 25 tahun mengecapi kejayaan dalam dunia sukan, khususnya dalam bidang tenis, Williams berkata beliau kini berusaha menumpukan perhatian kepada membentuk keluarganya selain membangunkan perniagaannya.

Williams bersama pasangan hidupnya, Alexis Ohanian, adalah ibu bapa kepada dua anak mereka, Alexis Olympia Ohanian, enam tahun dan Adira River Ohanian, lapan bulan.

Tidak kira apa jua yang ditempuhi, Williams, 42 tahun, sering memaparkan kebahagiaan sebagai seorang ibu.

Williams sering sahaja terbuka tentang cara beliau menguruskan masa sejak menjadi ibu.

Malah bekas juara tenis yang sudah bersara itu berkata, dirinya kerap memberi banyak perhatian kepada dua anak perempuannya itu.

Namun ia tidak bermakna keutamaannya dalam dunia perniagaan langsung diabaikan.

Syarikat menjual alat solek, WYN Beauty, yang baru Williams asaskan, mendapat inspirasi hasil kesibukannya sebagai seorang ibu.

Semasa satu wawancara dengan media menyusuli pencapaian terkininya itu, Williams berkongsi tentang sasaran kehidupannya pada masa akan datang.

“Saya fikir senarai kehidupan saya tidak akan berakhir.

“Kini saya ingin berkembang sebagai seorang usahawan,” katanya.

Selain daripada itu, WIlliams juga menekankan tentang pentingnya peranan keibuan dan berkongsi tentang keinginannya memberi keutamaan tentang kebajikan keluarga selain bidang keusahawanan yang diceburinya kini.

“Saya sudah lama ceburi bidang ini, tapi kini memberi tumpuan dalam perniagaan, selain mengembangkan jenamanya juga.

“Pada masa yang sama, saya ingin kembangkan jenama berlainan dan bekerjasama dengan pengasas berbeza sebagai kapitalis.

“Tapi saya fikir perkara dalam senarai saya selanjutnya adalah menjadi seorang ibu yang baik,” tambahnya.

Dalam banyak temu ramah sebelum ini, Williams telah menyatakan tentang bagaimana beliau berusaha mengimbangi antara peranan sebagai ibu dengan jadualnya yang sibuk.

Selepas anak keduanya, Adira dilahirkan, Williams menyatakan bagaimana beliau ingin memberikan yang terbaik buat anaknya itu.

Beliau juga kerap berkongsi nasihat tentang bagaimana untuk menjaga dua anak kecil di rumah.

Sebelum ini juga, Williams menyatakan yang beliau berasa kecewa dek terpaksa bersara daripada tenis, sedang beliau mengakui bahawa keinginannya mendapatkan anak kedua memaksanya mengambil keputusan itu.

Bekas pemain yang telah memenangi 23 kejuaraan Grand Slam itu berbesar hati kerana mendapat pengiktirafan semasa Terbuka Amerika Syarikat yang lalu, namun terkilan kerana gagal menambah koleksi kejuaraan dan menyamai rekod bekas pemain tenis yang handal, Margaret Court.

Williams masih merupakan pemain yang digeruni apabila beliau melahirkan hasrat untuk bersara.

Ini berlaku sedang dominasinya dalam sukan itu mula merosot menjelang tahun-tahun terakhir sebelum beliau bersara.

Kini warga Amerika itu menyatakan pula yang beliau perlu bersara daripada sukan itu kerana hasratnya untuk menimang anak kedua, menyusuli kelahiran anak pertamanya, Olympia pada September 2017.

Anak keduanya, Adira, lahir pada Ogos 2023.

“Sebenarnya saya gemar bersukan dan kekal aktif.

“Meninggalkan sesuatu yang saya masih mampu lakukan, semata-mata menjadi seorang ibu merupakan keputusan yang sukar.

“Tapi memang saya inginkan seorang lagi anak dan saya perlu imbanginya dengan perkara lain yang saya gemari juga.”

Yang hebatnya, Williams mendedahkan yang beliau sedang hamil anak pertamanya apabila dirinya menjuarai Terbuka Australia 2017.

Williams juga menyatakan tentang perasaan terujanya dalam bidang fesyen dan barang kemas, dan usahanya untuk kekal kelihatan menarik semasa di gelanggang tenis – sesuatu yang sukar dilakukannya.

“Tenis berbeza daripada sukan lain,” katanya.

“Pelari pecut dan atlet gimnastik, seperti contoh mampu menyapu mekap di muka.

“Tapi dalam tenis, anda boleh bermain sehingga tiga jam lamanya dan di akhir perlawanan, muka anda akan berpeluh dengan banyak.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >