RECIFE (Brazil): Kecemerlangan penjaga gawangnya memastikan Costa Rica meneruskan langkah 'Cinderella' di Piala Dunia 2014 ini.
Selepas menjuarai kumpulannya yang turut menyaksikan dua bekas juara Piala Dunia - England dan Italy - mengucapkan selamat tinggal, Keylor Navas mempamerkan pula antara prestasi terhebat daripada seorang penjaga gawang di pentas bola sepak terbesar dunia bagi membantu Los Ticos melayakkan diri ke pusingan suku akhir awal pagi semalam.