Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU KUMPULAN E

'Nasib Jerman ibarat satu tragedi'

Dec 03, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Pemain veteran Jerman, Thomas Mueller, berkata penyingkiran Jerman di peringkat kumpulan bagi dua edisi Piala Dunia berturut-turut adalah bak bencana yang berulang.



Rakan sepasukan, Kai Havertz, pula menyifatkan pengalaman itu ibarat menonton sebuah filem ngeri.



Jerman mengatasi Costa Rica 4-2 tetapi kekalahan 2-1 yang dialami Sepanyol kepada Jepun bermakna Jerman hanya mampu mengakhiri pusingan kumpulan di tangga ketiga Kumpulan E.



Ia mempunyai empat mata - sama dengan Sepanyol - tetapi tersingkir kerana Sepanyol mempunyai perbezaan gol yang lebih baik.



"Sukar bagi kami... telan kepahitan ini," kata Mueller.



"Kami tidak terdaya buat apa-apa."



Mueller menganggotai pasukan Jerman yang memenangi Piala Dunia 2014 dan juga pasukan yang tersingkir dari pusingan kumpulan di Russia pada empat tahun lalu.



Havertz berkata nasib pasukannya dalam Piala Dunia yang hanya diketahui menerusi skrin televisyen di stadium membuat keadaan itu sukar diterima.



"Ia bak filem ngeri yang tiada kesudahannya," kata Havertz, yang dimasukkan lewat perlawanan dan menjaringkan dua gol.



"Selepas mendapat tahu Jepun mendahului Sepanyol, kami masih menaruh harapan Sepanyol boleh bangkit menjaringkan gol. Tapi menyusuli itu, skrin menunjukkan perlawanan itu telah berakhir dan Jepun menang," kata beliau.



Havertz berkata kekalahan Jerman kepada Jepun dalam perlawanan pertama adalah punca pasukannya gagal dalam pertandingan ini.



"Kita perlu bersikap jujur dan mengaku ada suatu yang tidak kena sejak empat, lima tahun lalu.



"Kini, kami tidak lagi boleh berkata kami adalah pasukan yang harus disegani," kat Havertz. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >