Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Nazri korban Raya demi persiap bagi harungi Sukan SEA

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

NASIB DIJULANG...

Nazri korban Raya demi persiap bagi harungi Sukan SEA

Lebih bersemangat selepas menang 2 pingat bersejarah 'kickboxing' di Terbuka Serbia
Mar 24, 2022 | 05:30 AM

BELIAU bakal terlepas menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya tahun ini, tetapi atlet tinju tendang atau kickboxer negara, Nazri Sutari, tidak begitu kecewa.

Nazri, yang sedang berlatih di Eropah, juga tidak terlalu hampa kerana tidak akan pulang ke tanah air sebelum meneruskan perjuangan di Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei nanti.

Ini selepas beliau meraih pencapaian mercu tanda dalam sukan itu pada hujung minggu lalu.

Di luar dugaannya, Nazri, 31 tahun, memenangi pingat di Terbuka Serbia pada Ahad lalu - atlet setempat pertama meraih pencapaian itu di kejuaraan utama.

Dua pingat itu adalah yang pertama dimenangi warga Singapura dalam pertandingan yang diiktiraf badan sedunia Persatuan Pertubuhan-Pertubuhan Tinju Tendang Sedunia (Wako).

Nazri memenangi sebutir pingat perak dalam acara tendang-ringan kategori bawah 74 kilogram; dan pingat gangsa dalam kategori bawah 69 kilogram.

Menyusuli pencapaiannya itu, Nazri akan kekal di Serbia untuk berlatih bersama Aleksander Topic, seorang jurulatih pasukan nasional Serbia, sebelum berlepas ke Vietnam untuk menyertai rombongan Team Singapore bagi Sukan SEA yang berlangsung 12-23 Mei.

Bercakap dengan The Straits Times (ST), Nazri berkata beliau rela berbuat sedemikian kerana ingin mencapai impiannya dalam sukan itu.

"Semangat saya pada waktu ini begitu tinggi," kata Nazri.

"Saya ingin meraikan pingat ini, mengingati perasaan ini dan selanjutnya menggunakannya sebagai dorongan dalam latihan.

"Buat masa ini, saya telah membuktikan kepada diri saya sendiri apa yang mampu saya lakukan dan saya ingin menggunakan momentum ini untuk membawa saya ke tahap selanjutnya."

Nazri ialah atlet tinju tendang berbakat setempat dalam arena sukan yang boleh dianggap setahun jagung di negara ini.

Persekutuan Tinju Tendang Singapura (KFS) hanya ditubuhkan pada 2018 dan diiktiraf sebagai persatuan sukan nasional pada Januari 2020.

Menurut Nazri, selain menghargai sokongan KFS, beliau juga menghargai sokongan yang diterima daripada jurulatih sukan tanding lain, seperti ketua jurulatih pencak silat nasional, Sheik Alau'ddin Yaacob Marican, dan jurulatih muay thai nasional, Robert Yap.

Beliau telah berlatih dengan kededua jurulatih itu sebelum berangkat ke Serbia pada 10 Mac lalu.

Presiden KFS, Jason Lim, berkata pencapaian Nazri itu mengiktiraf usahanya sepanjang tiga tahun lalu, termasuk untuk bangkit dan kembali cergas selepas mengalami kecederaan lutut yang serius, menyebabkannya tidak boleh berlatih hampir sepanjang 2020.

"Saya percaya pencapaian ini mendahului lebih banyak pencapaian di masa depan," kata Lim.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3