Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Newcastle dapatkan pemain tengah Italy Sandro Tonali

Jul 4, 2023 | 4:46 PM
SANDRO TONALI: Berpindah ke Newcastle daripada AC Milan dan menandatangani kontrak selama lima tahun.
SANDRO TONALI: Berpindah ke Newcastle daripada AC Milan dan menandatangani kontrak selama lima tahun. - Foto EPA-EFE

LONDON: Newcastle United telah menandatangani pemain tengah Italy, Sandro Tonali, daripada AC Milan.

Pemain berusia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun, menjadi pemain pertama dibeli pengurus Newcastle, Eddie Howe, pada musim panas ini, sedang pasukannya membuat persiapan bagi Liga Juara-Juara.

Yuran pemindahan Tonali yang dilaporkan bernilai £55 juta ($94.18 juta) akan menjadikannya pemain bola sepak Italy termahal.

Tonali membantu Milan memenangi liga Serie A pada musim 2021-2022 dan merupakan sebahagian daripada pasukan Milan yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada musim lalu.

Beliau juga sebahagian daripada skuad Italy yang bertanding di Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun.

Tonali memberitahu Newcastle: “Saya mahu membayar balik kepercayaan Newcastle, memberikan segalanya, seperti yang selalu saya lakukan.

“Saya sangat teruja untuk bermain di St. James’ Park dan saya tidak sabar untuk berasakan kemesraan daripada peminat.”

Howe berkata: “Tonali adalah pemain yang luar biasa dan mempunyai mentaliti, sifat fizikal dan sifat teknikal yang sangat sesuai buat kami.

“Pada usia 23 tahun, Sandro sudah mempunyai pengalaman penting sebagai pemain utama dalam salah satu liga teratas Eropah dan dalam Liga Juara-Juara, serta bermain untuk negaranya.

“Tetapi beliau juga mempunyai peluang dan potensi untuk berkembang bersama kami dan saya teruja untuk menambahnya ke dalam skuad kami ketika kami menghampiri musim yang menarik.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg