Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemindahan pemain

Aug 26, 2022 | 5:30 AM
Alexander Isak - Foto-Foto AFP, EPA-EFE.
Alexander Isak - Foto-Foto AFP, EPA-EFE. -

Newcastle kian hampir dapatkan Isak

LONDON: Newcastle United dipercayai kian hampir berjaya mendapatkan pemain yang digelar 'jentera gol' Alexander Isak dari Real Sociedad dengan harga £60 juta ($98 juta).

Menurut laporan media Britain, kelab itu telah mengadakan rundingan lanjut dengan Sociedad dengan kelab La Liga Sepanyol itu telah menerima cara pembayaran yang diusul oleh Newcastle supaya tidak melanggar peraturan kewangan adil.

Difahami, pengarah sukan Dan Ashworth telah berada di Sepanyol awal minggu ini untuk mendapatkan persetujuan Sociedad dan pemain itu. - Agensi berita.

De Jong ke Liverpool?

LIVERPOOL: Juergen Klopp dan Liverpool difahami telah mengorak langkah untuk memperkukuh midfield pasukan dengan menyasarkan Frenkie de Jong dari Barcelona.

Laman berita Futbal Total di Sepanyol berkata pasukan Liga Perdana England (EPL) itu telah menawarkan bayaran £53 juta ($87.2 juta) kepada Barcelona yang boleh meningkat kepada lebih £60 juta.

Walaupun tawaran itu lebih rendah berbanding yang dikemukakan Manchester United pada bulan lalu, De Jong dijangka lebih bersedia menerimanya kerana ingin beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Beliau juga sedang bertengkarah dengan Barca berhubung bayaran yang tertunggak. - Agensi berita.

Maguire akan pindah ke Stamford Bridge?

LONDON: Harry Maguire mungkin akan menyarungi jersi biru Chelsea minggu depan jika kelab itu berjaya memikat pemain tersebut dari Manchester United.

Media di Britain berkata pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, berminat mendapatkan Maguire jika gagal mendapatkan Wesley Fofana gagal.

Fofana, yang berasal dari Perancis, selama ini gagal diperolehi Tuchel, dengan tiga percubaan Chelsea ditolak kelabnya, Leicester.

Tawaran terkini yang ditolak Chelsea difahami bernilai £70 juta ($115 juta)

Maguire tidak diturunkan oleh Erik Ten Hag semasa United menewaskan Liverpool 2-1 pada awal minggu ini. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg