Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Newcastle tundukkan PSG 4-1, kini tempat teratas kumpulan F

Oct 05, 2023 | 03:39 PM



NEWCASTLE: Newcastle United mengalu-alukan bola sepak Liga Juara-Juara kembali ke St James’ Park dengan penuh bergaya dengan mengalahkan Paris St-Germain (PSG) dalam suasana penuh bersemangat di Tyneside.


Juara Perancis itu – dengan bintang terkenal, Kylian Mbappe – mendapati suasana di dalam dan luar padang terlalu berat bagi mereka apabila pasukan bimbingan Eddie Howe memperoleh kemenangan dalam perlawanan pertama Newcastle di stadium sendiri dalam saingan elit Eropah sejak kekalahan 2-0 kepada Barcelona pada Mac 2003.

Miguel Almiron menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-17 selepas penjaga gawang PSG, Gianluigi Donnarumma, hanya dapat menepis tendangan Alexandar Isak akibat kesilapan Marquinhos yang menyerahkan bola kepada Newcastle.

Malam itu merupakan malam penuh rintangan bagi penjaga gawang Italy, Donnarumma, yang cuba menepis tandukan Dan Burn enam minit sebelum separuh masa.

Namun, bola sudah melepasi garisan setelah diteliti penolong pengadil menggunakan video penolong pengadil (VAR) untuk ofsaid sebelum gol tersebut dapat diraikan.

Donnarumma menjadi tumpuan utama sekali lagi apabila Newcastle menjadikan kedudukan 3-0 lima minit selepas masa rehat, dengan kesilapan membenarkan rembatan kencang Sean Longstaff terlepas masuk jaringan.

PSG jarang mengancam tetapi mereka berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-56 menerusi tandukan Lucas Hernandez. Tetapi malam itu merupakan malam Newcastle dari awal hingga akhir perlawanan.

Bek tengah warga Switzerland, Fabian Schar, menambah jaringan pada masa kecederaan melalui rembatan menakjubkan yang melepasi Donnarumma dari tepi kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Tiga mata, ditambah dengan seri pembukaan menentang AC Milan, bermakna Newcastle menduduki tempat teratas kumpulan F.

“Kami sangat gembira. Ia adalah usaha cemerlang daripada pemain,” kata pengurus Newcastle, Eddie Howe, kepada syarikat penyiaran televisyen, CBS.


“Ia adalah permainan yang berbeza. Kami cuba menekan mereka dan mereka cuba bermain melalui kami,” tambah beliau.

Dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-juara yang lain, Manchester City menewaskan RB Leipzig 3-1, dengan jaringan daripada Phil Foden, Julian Alvarez dan Jeremy Doku.

City bangkit semula selepas mengalami kekalahan berturut-turut atas Newcastle di Piala Carabao dan Wolves di Liga Perdana England (EPL).

Barcelona pula menundukkan FC Porto 1-0 hasil jaringan Ferran Torres.

Pemain tengah Barcelona, Pablo Gavi, dilayangkan kad merah setelah dikenakan kad kuning kedua, dan beliau akan terlepas perlawanan menentang Shakhtar Donetsk. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >