Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Boling

Ning Tay menang emas Masters wanita pertama S’pura sejak 1985

Jul 13, 2023 | 02:00 PM



Pemain boling Singapura, Ning Tay, mengakhiri kemarau emas negara selama 38 tahun dalam acara Masters wanita di Kejohanan Boling Belia Asia pada Rabu, sekali gus menyempurnakan saingan Singapura di kejohanan yang berlangsung di Bangkok itu.

Pingat emas Singapura dalam acara tersebut kali terakhir dimenangi pada 1985, apabila bekas juara dunia, Adelene Wee, meraih kemenangan kedua daripada gelaran berturut-turutnya.

Secara keseluruhan, Singapura membawa pulang dua emas, satu perak dan empat gangsa. Jumlah itu kurang berbanding pungutan enam emas dan tiga gangsa pada 2021, lapor The Straits Times.


Kemenangan Ning menjadi kenyataan selepas pemain berusia 19 tahun itu mengalami kekecewaan awal, termasuk menduduki tempat kelapan dalam semua acara, walaupun beliau bangkit untuk membantu Singapura memenangi gelaran pasukan pada Isnin.

Bangga dapat meraih tempat pertama dalam kalangan pesaing yang mantap, Ning berkata:

“Ini adalah kemenangan besar buat saya sebab saya bergelut untuk memaparkan prestasi cemerlang (dalam perjalanan boling saya). Kemenangan ini merangsang keyakinan saya dan saya berharap dapat terus membanggakan Singapura pada masa akan datang.”

Beliau berada di tangga kelima dan ketinggalan pendahulu Choi Yu-rin dari Korea Selatan dengan 77 jatuhan pin selepas pusingan pertama sebanyak lapan permainan pada Selasa.

Namun, beliau bangkit keesokan harinya dan melayakkan diri sebagai pemain terbaik bagi aksi final ‘stepladder’ dengan jatuhan pin 3,457 –  termasuk mencatat 268 mata dalam Permainan 10 – untuk mengatasi warga Malaysia, Anis Hannani Rozi (3,451) dan rakan senegara, Colleen Pee (3,422). 

Pada final, Ning menewaskan Anis dengan mata gabungan 485-452 (238-209 dan 247-243) untuk merangkul kejuaraan antarabangsa individu pertamanya, selepas pemain Malaysia itu menang 201-191 ke atas Pee, yang berpuas hati dengan gangsa.

Ning mengaitkan kejayaannya dalam final dengan kekuatan fokusnya. Beliau berkata: “(Kuncinya ialah) kekal tenang dan fokus, membuat balingan yang baik, berkomunikasi dengan jurulatih saya dan berpegang pada pelan permainan kami.”

Ketua jurulatih kebangsaan, Helmi Chew, menambah: “Tiada sasaran ditetapkan buatnya. Kami hanya fokus pada proses dan mempercayai setiap balingan yang dibuat... hasilnya akan menyusul.”

Mengulas mengenai bagaimana beliau mengatasi kekecewaan sebelumnya, Ning berkata:

“Saya pasti saya boleh melakukan lebih baik. Tetapi ini mendorong saya untuk terus berusaha dan saya gembira berjaya memenangi acara Masters.”

Pee, juga 19 tahun, gembira dapat meraih gangsa, walaupun beliau berharap beliau boleh “membuat keputusan yang lebih pantas semasa di lorong boling”.

“Saya berasa bertuah kerana dapat membawa pulang pingat gangsa buat Singapura,” tambahnya.

Chew memuji persembahan pasukannya, sambil berkata:

“Pasukan ini telah melakukan yang terbaik sejak awal. Kami gembira kerana semua orang berpegang pada rancangan yang ditetapkan dan kami belajar daripada pengalaman ini dan berusaha menjadi lebih baik setiap hari.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >