Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nishigaya yakin pemain boleh lebih agresif, progresif

Jun 15, 2023 | 05:30 AM



Pasukan bola sepak nasional Singapura masih boleh menjadi lebih baik dan jurulatih nasional Takayuki Nishigaya berkata beliau yakin pemainnya sedang memberi respons baik terhadap cara latihannya, termasuk beraksi dengan agresif dan progresif.

Mereka boleh memperagakan kemajuan yang dicapai di bawah bimbingan Nishigaya – yang mengambil alih jawatan jurulatih pasukan nasional pada April 2022 – apabila beraksi di depan penyokong sendiri di Stadium Negara menentang Papua New Guinea pada 16 Jun dan Solomon Islands pada 18 Jun dalam perlawanan persahabatan.

Bercakap bersama akhbar The Straits Times baru-baru ini, Nishigaya berkata menerusi seorang jurubahasa bahawa pada peringkat ini, apa yang dikehendakinya belum sempurna, tetapi semua pemain memahami apa yang cuba dilakukannya.


“Pendirian kami ialah mendapatkan bola dan kemudian menjaringkan gol. Ada beberapa cara untuk melakukannya, sama ada menerusi serangan balas atau dengan memberi tekanan ke atas lawan di bahagian padang yang lebih dekat dengan pintu gol mereka. Kami masih belum berada di tahap itu, tetapi kami sedang berusaha mencapai tahap itu,” kata beliau.

Ada dua perlawanan di mana pasukan Singapura menunjukkan mereka beraksi dengan cara itu, kata Nishigaya, merujuk kepada perlawanan menentang Vietnam dalam Kejohanan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 pada Disember, yang berakhir seri 0-0, dan kemenangan 3-1 ke atas Maldives dalam perlawanan persahabatan pada bulan yang sama.

Perlawanan di Maldives itu juga menunjukkan pemain Singapura berupaya mengatur serangan berbahaya.

Namun, dengan kontraknya berbaki 10 bulan, Nishigaya mungkin sedang berlumba dengan masa untuk melihat wawasan beliau bagi skuadnya menjadi kenyataan.

 “Masa depan saya adalah keprihatinan kedua saya. Keprihatinan pertama saya ialah beraksi dengan baik pada Oktober,” kata Nishigaya, merujuk kepada pusingan kelayakan pertama Piala Dunia Fifa 2026 pada 12 Oktober dan 17 Oktober. 

Kempen kelayakan itu adalah satu cara Singapura boleh menebus kekecewaan dalam kempen AFF, di mana ia dikalahkan 1-4 oleh lawan tradisi Malaysia.

Kekalahan yang mengaibkan itu menyebabkan pasukan Singa disingkir daripada pertandingan tersebut pada peringkat kumpulan bagi kali keempat berturut-turut dalam lima pertandingan sama.

Menyusuli pertandingan itu, satu reviu telah diadakan antara Nishigaya, pasukan penyokong dan Majlis FAS, dan Nishigaya berkata beberapa usul yang dikemukakan telah pun dilaksana.

Ini termasuk memperhalusi proses mendekati ketua jurulatih kelab Liga Perdana Singapura (SPL) untuk menangani isu khusus yang relevan bagi setiap pemain dan bekerjasama dengan mereka untuk mempertingkat tahap intensiti permainan dalam liga.

Beliau juga kini mempunyai reputasi sebagai jurulatih yang memberi peluang kepada pemain baru menyertai pasukan nasional – 14 daripada 51 pemain yang diundang ke pasukan nasional Singapura sejak April 2022 adalah wajah baru.

Dalam tempoh itu, pasukan tersebut memenangi lima perlawanan, seri tiga dan kalah lima.

Nishigaya berkata setiap pemain negara harus menunjukkan tahap profesionalisme tinggi baik semasa menyarung jersi negara mahupun kelab. 

“Kita perlu mempertingkat kesedaran untuk menjadi lebih kompetitif dan mengamalkan tabiat profesional yang membolehkan mereka mendaki lebih tinggi.

“Saya telah bercakap dengan mereka tentang meningkatkan tahap masing-masing dan menyemarak semula semangat persaingan apabila pulang ke kelab masing-masing… ini akan menyebarkan tabiat ini ke seluruh liga,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >