PENGURUS England, Gareth Southgate, berjaya menyempurnakan tugas yang diserahkannya sejak mengambil alih tempat Sam Allardyce - membawa pasukan bergelar The Three Lions itu ke pusingan akhir Piala Dunia Russia 2018.
Pasukan pimpinan Southgate menjamin tempat mereka ke Russia menyusuli kemenangan 1-0 ke atas Slovenia di Wembley pada 5 Oktober lalu - sekalipun mempunyai baki satu lagi perlawanan sebelum melengkapkan jadual kelayakan Kumpulan F.