Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Buku peringati Uncle Choo jurulatih terhebat S’pura

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN beliau mungkin tidak pernah bertemu Choo Seng Quee atau lebih mesra dikenali ramai sebagai 'Uncle Choo', peguam Reynold Pereira meraih inspirasi daripada sumbangan bekas jurulatih Singapura itu dalam bola sepak negara.



Justeru, ia mencetuskan perjalanan tujuh tahun warga Singapura berusia 59 tahun itu untuk menghasilkan buku tentang Uncle Choo bertajuk, 'Uncle Choo: Singapore's Greatest Football Coach', atau Uncle Choo: Jurulatih Bola Sepak Terhebat Singapura.



Buku itu dilancarkan di Kelab Rekreasi Singapura (SRC) pada 24 Mac, diiringi satu perlawanan persahabatan antara bekas pemain Singapura juga dianjurkan di Padang pada hari sama.



Pereira, yang kini berpangkalan di Barcelona, Sepanyol, dan tiba di Singapura minggu lalu bagi pelancaran buku pertamanya, berkata:



"Salah satu tujuan utama saya menulis buku ini adalah untuk menjadikan nama Choo Seng Quee lebih dikenali kepada generasi yang lebih muda dan juga memberitahu mereka bahawa kami di Singapura mempunyai wira tempatan...Sumbangannya kepada bola sepak negara harus diberi lebih pujian."



Meskipun Uncle Choo meninggal dunia pada 1983 di usia 68 tahun, Pereira berjaya merakam intipati Uncle Choo melalui kajian meluas dan bercakap dengan bekas pemain antarabangsa Singapura yang bermain di bawah jurulatih terkenal itu.



Mereka termasuk Lim Teng Sai, R. Suria Murthi, Samsuddin Rahmat, Tohari Paijan dan Brian Richmond.



Buku ini mendedahkan cebis-cebis maklumat seperti kehidupan awal Uncle Choo, yang mungkin tidak diketahui oleh mereka yang bukan dari era yang sama.



Sebelum menjadi seorang pemimpin yang berpengaruh, Uncle Choo adalah pemain pertahanan Persatuan Bola Sepak Selat China, tingginya 1.82 meter yang bukan calang-calang, yang membantu Singapura memenangi Piala Malaya 1937 dan 1939 dan mungkin telah dipilih oleh China untuk Sukan Olimpik 1940 sekiranya ia tidak dibatalkan akibat Perang Dunia II.



Bab kegemaran Pereira dalam buku itu adalah perjalanan Uncle Choo sebagai seorang pemain.



"Ramai orang tidak tahu bahawa Uncle Choo sebenarnya adalah seorang pemain bola sepak yang hebat," kata Pereira. "Dan sayangnya, untuk Uncle Choo, Perang Dunia II menyekat kerjaya sebagai pemain. Dia ketika itu hanya berusia 25 tahun."



Disebabkan beliau bermastautin di luar negara, antara cabaran yang dihadapi Pereira untuk menulis buku ini adalah akses kepada maklumat.



"Kebanyakan maklumat yang saya perolehi adalah melalui Internet tetapi ada juga adalah artikel akhbar berita yang hanya tersedia di perpustakaan. Jadi, saya terpaksa meminta bantuan daripada rakan-rakan di Singapura," jelasnya.



Meskipun itu, Pereira menikmati proses pembikinan bukunya.



"Saya rasa seronok waktu membuat kajian kerana saya menemui banyak maklumat dalam akhbar The Straits Times,Singapore Free Press dan Malayan Tribune yang saya tidak pernah saya tahu.



"Misalnya, saya membesar pada zaman 70-an tahun, jadi saya sudah biasa dengar kisah Uncle Choo pada waktu itu. Tetapi, bukannya pada era 30-an dan 40-an tahun," kata beliau.



Tanpa mana-mana kelayakan, Uncle Choo mula melatih Persatuan Olahraga Cina ketika berusia 25 tahun dan meninggalkan pengaruhnya sebagai jurulatih kebangsaan Singapura, Indonesia dan Malaysia.



Uncle Choo tidaklah sempurna, dan pernah bertelingkah dengan Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura (kemudian dikenali sebagai Persatuan Bola Sepak Singapura) kerana kritikannya.



Beliau juga terkenal dengan kaedah latihannya yang tegas, dan pemain pernah mengundinya untuk berundur pada 1971.



Warga Singapura akan paling mengingatinya kerana menyatukan negara, terutamanya dalam tempoh pelantikan kelima dan terakhirnya, apabila beliau memimpin pasukan itu menjulang kejuaraan Piala Malaysia 1977 selepas kemarau selama 12 tahun



Uncle juga membangunkan nama-nama besar dalam bola sepak Singapura seperti penyerang Quah Kim Song dan hampir mara ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia.



Pereira berharap buku itu akan dapat memberi inspirasi kepada jurulatih tempatan.



"Saya fikir kita perlu mula menghargai bakat tempatan kita...Buku ini juga untuk mendekati jurulatih dan memberitahu mereka bahawa mereka boleh mencapai kecemerlangan sekiranya mereka bersedia berusaha gigih," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >