CROATIA
Luka Modric
USIA tidak menghalang Luka Modric (gambar kanan), 37 tahun, untuk kekal menjadi nadi pasukan Croatia serta menjadi tunggak kelabnya, Real Madrid, memburu kejayaan.
Bintang Croatia itu adalah pengatur serangan dengan kemahiran luar biasa dan sentiasa bersikap tenang dan yakin ketika mengawal bola.
Pergerakan, kepintaran dan kemahiran teknikalnya mampu mencipta ruang bagi rakannya mencari sasaran gol serta mengelirukan benteng lawan.
CANADA
Alphonso Davies
Pemain Bayern Munich, Alphonso Davies (gambar bawah), memiliki kelincahan yang sangat pantas, digunakan sebaik-baiknya sebagai bek kiri yang dapat melepasi lawan dan melakukan hantaran mantap.
Juga cukup pintar dan serba boleh untuk bermain dalam sistem tiga bek tengah atau di bahagian sayap.
Kisah hidupnya - daripada kem pelarian kepada menjadi pemenang Liga Juara-Juara pada usia 19 tahun - adalah inspirasi dan kebanggaan negaranya.
Davies kini dianggap sebagai antara pemain terbaik Canada... beliau masih berusia 22 tahun!


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg