Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Novak Djokovic menang Grand Slam ke-23

Jun 12, 2023 | 05:14 PM



PARIS: Novak Djokovic mencipta sejarah apabila beliau merangkul kejuaraan Grand Slam ke–23 dengan kejayaan ketiga Terbuka Perancis pada Ahad.


Pemain tenis Serbia berusia 36 tahun itu menewaskan Casper Ruud dari Norway 7-6 (7-1), 6-3, 7-5.

Djokovic kini mempunyai satu lebih kejuaraan Grand Slam daripada saingan lamanya, Rafael Nadal, yang mempunyai 22 kejuaraan.

Nadal mengucapkan tahniah kepada Djokovic di Twitter.

Catatannya di Twitter berkata: “Banyak tahniah atas pencapaian menakjubkan ini.

“Kejuaraan Grand Slam ke–23 ialah sesuatu yang mustahil beberapa tahun lepas, tetapi anda berjaya! Nikmatinya bersama keluarga dan pasukan anda!”

Djokovic kini telah menang tiga kali di Paris – pada 2016, 2021 dan 2023 – dan menang 10 kejuaraan Terbuka Australia, tujuh di Wimbledon dan tiga di Terbuka Amerika Syarikat.

Beliau juga merupakan pemain tenis lelaki pertama yang memenangi kesemua empat kejuaraan utama sekurang-kurangnya tiga kali.

Hanya pemain tenis wanita, Margaret Court dan Serena Williams, telah berjaya merangkul 23 gelaran Grand Slam.

“Terima kasih atas suasana yang begitu hebat. Saya gembira berada di sini untuk berkongsi detik istimewa ini dalam kerjaya saya dengan anda.

“Bukan satu kebetulan saya memenangi Grand Slam ke–23 saya di sini. Kejohanan ini adalah yang paling sukar untuk dimenangi.

“Saya amat berbangga dan berbesar hati berada di sini di gelanggang khas ini,” kata Djokovic, yang merupakan juara Terbuka Perancis tertua.

Beliau telah memenangi 11 trofi Grand Slam selepas beliau berusia 30 tahun.

Pada Isnin, Djokovic merampas semula ranking nombor satu dunia dan memulakan minggu ke–388 di tempat teratas.

Djokovic bermain di final Terbuka Perancis ketujuhnya dan mempamerkan rekod kerjaya 4–0 ke atas Ruud, tidak tewas satu set pun.

Selepas Djokovic mencipta sejarah dengan kemenangan Grand Slam ke–23, bekas pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Chris Evert, percaya pemain tenis wanita Poland, Iga Swiatek, juga boleh melakukan perkara yang sama.

Evert percaya Swiatek, pemain tenis wanita nombor satu dunia, boleh memenangi “sekurang–kurangnya 10 Terbuka Perancis”.

Swiatek merangkul kejuaraan Roland Garros ketiganya, yang juga merupakan kejohanan major utama keempatnya, dengan menewaskan pemain tenis Republik Czech, Karolina Muchova 6-2, 5-7, 6-4 pada Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >