Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

NS bagi Schooling, Zheng Wen tidak lagi ditangguhkan

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



PERENANG nasional Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen akan menjalankan Perkhidmatan Negara (NS) mereka memandangkan penangguhan jangka panjang mereka tidak dilanjutkan, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan semalam.



Proses kemasukan NS bagi Schooling, 26 tahun dan Quah, 24 tahun, telah dijalankan semula sejak 31 Ogos apabila status penangguhan mereka telah tamat.



"Memandangkan penangguhan mereka sehingga 31 Ogos 2021 telah tamat, kedua-dua Encik Schooling dan Encik Quah akan terus memenuhi keperluan NS mereka sebagai yang telah disetujui apabila mereka memohon untuk mendapatkan penangguhan itu," kata Mindef.



"Mereka akan berkhidmat selepas prosedur pra-kemasukan (NS) telah diselesaikan."



Schooling semalam, berkata kepada The Straits Times (ST) bahawa beliau sangat menghargai sokongan padat oleh Pemerintah terhadap kerjaya sukannya.



Beliau berkata, beliau tidak akan dapat mencapai kecemerlangan dalam kerjayanya itu tanpa penangguhan NS-nya itu.



"Sebagai seorang anak tanah air, Saya berbesar hati kerana dapat berkhidmat kepada negara saya," kata Schooling.



"Lebih penting lagi, adalah kerana keluarga saya lebih memerlukan saya pada saat. Jadi ia sudah tiba masanya untuk saya menjalankan kewajipan bagi keluarga saya.



Mindef dalam kenyataannya menegaskan lagi bahawa penangguhan NS sepenuh masa bagi jangka panjang diizinkan dengan cara yang "sangat selektif bagi ahli sukan yang luar biasa," yang dinilai sebagai pemenang pingat berpotensi dalam pertandingan antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan akan dapat menjadi kebanggaan kepada Singapura.



Setiap permohonan bagi penangguhan itu akan dinilai berdasarkan kriteria yang ketat dan dijalankan dengan rundingan bersama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), tambah Mindef.



Selain kedua-dua perenang itu, hanya terdapat satu lagi individu dalam tempoh 15 tahun sebelum ini yang telah diizinkan penangguhan jangka panjang daripada NS - iaitu pelayar Maximilian Soh, bagi Sukan Olimpik Beijing pada 2008.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >