Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nunez penyelamat, Liverpool tewaskan Newcastle

Menang 2-1 hasil dua gol pemain gantian walau kapten van Dijk dibuang padang
Aug 28, 2023 | 03:59 PM



NEWCASTLE: Darwin Nunez menjadi penyelamat Liverpool setelah dua gol jaringannya memastikan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United pada Ahad.


Dalam perlawanan di St James’ Park, penyerang asal Uruguay berusia 24 tahun itu menggantikan Alexis Mac Allister pada minit ke-77 dan menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Beliau sekali lagi menjadi duri bagi benteng Newcastle selepas rembatan kencangnya menewaskan penjaga gawang Nick Pope pada masa kecederaan, sekali gus meletakkan Liverpool di hapadan.

Kebolehan Nunez sejak kebelakangan ini dipersoal dek prestasinya yang kurang memberangsangkan bagi musim 2022/23 Liga Perdana England (EPL).

Beliau berpindah daripada Benfica pada harga pemindahan £85 juta ($145 juta) pada musim itu tetapi menjaringkan hanya 15 gol daripada 42 penampilan.

Namun, Nunez menunjukkan semasa menentang Newcastle bahawa beliau boleh menjadi antara tunggak Liverpool.

Newcastle memecahkan kebuntuan pada minit ke-25 apabila Anthony Gordon memanfaatkan kesilapan bek sayap Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Liverpool kemudian bermain dengan 10 pemain setelah kapten dan tunggak pertahanan Virgil van Dijk dilayangkan kad merah kerana mengasari Alexander Isak tiga minit selepas jaringan itu.

Lantaran itu, kemenangan bak berpihak kepada Newcastle kerana kelebihan pemain dan gol – hinggakan penolong pengurus Newcastle Jason Tindall memberi isyarat kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, supaya diam.

Anak didik Eddie Howe juga hampir menggandakan kedudukan menyusuli Miguel Almiron, tetapi percubaannya diselamatkan penjaga gawang Liverpool, Alisson Becker, pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, percubaan Almiron sekali lagi menepati sasaran tetapi terkena palang.

Suasana riuh Stadium St. James pada sebahagian besar perlawanan kerana sorakan pasukan tuan rumah bertukar malap apabila Nunez menyamakan kedudukan.

Seakan-akan sudah jatuh ditimpa tangga, Newcastle menggigit jari pada saat-saat akhir perlawanan.

Dengan kekalahan pasukan The Magpies itu, mereka kekal tidak menewaskan Liverpool dalam lima pertemuan sebelum ini.


Kali terakhir The Magpies menang ke atas Liverpool ialah pada Disember 2015, apabila Klopp baru menyandang jawatan pengurus Liverpool manakala Newcastle dikendali oleh Steve McClaren.


Keadaan berbeza bagi Liverpool, dengan perlawanan ini menyaksikan anak buah Klopp menunjukkan semangat juang dan kebolehan tinggi.

Kesilapan Alexander-Arnold dalam gol pertama barangkali menunjukkan prestasi individu yang kurang memuaskan, tetapi Liverpool memanfaatkan kealpaan Newcastle pada saat-saat akhir bagi melabuhkan tirai perlawanan dengan kemenangan.

Bagi Klopp, ia petanda Liverpool telah kembali ke arah yang betul selepas musim EPL 2022/23 yang biasa-biasa sahaja.

Ia juga kemenangan kedua berturut-turut pasukannya selepas menewaskan Bournemouth pada perlawanan sebelum ini.

Pertukaran yang dibuat oleh Klopp memberi kesan positif, walaupun mereka bermain dengan 10 pemain.

Howe menggantikan penjaring Newcastle, Gordon, dan pemain midfield berkaliber Sandro Tonali daripada kesebelasan utama dalam apa yang disifatkan sebagai pertukaran tidak munasabah.

Ini dikatakan telah menyebabkan rentak permainan mereka terbantut.

Bekas pemain antarabangsa Scotland, Pat Nevin, berkata: “Newcastle boleh menamatkan perlawanan (dengan kemenangan) dan sepatutnya berbuat demikian tetapi Liverpool dapat bertahan dan bertambah baik.

“Pertukaran yang dibuat oleh Klopp adalah cemerlang. Beliau menampilkan Nunez dan (Diogo) Jota dan apa yang beliau harapkan akan berlaku, benar-benar berlaku.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >