Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kudus dari Ajax perkuat pasukan West Ham

Aug 28, 2023 | 3:29 PM
MEMPERKUKUH SKUAD: Mohammed Kudus (tengah) meraikan jaringannya bagi Ajax  semasa perlawanan Liga Eropah menentang FC Union Berlin. Beliau pemain baru keempat yang dibeli West Ham bagi memperkukuh skuad  David Moyes.
MEMPERKUKUH SKUAD: Mohammed Kudus (tengah) meraikan jaringannya bagi Ajax semasa perlawanan Liga Eropah menentang FC Union Berlin. Beliau pemain baru keempat yang dibeli West Ham bagi memperkukuh skuad David Moyes. - Foto REUTERS

LONDON: West Ham telah mendapatkan khidmat pemain tengah Ajax, Mohammed Kudus, dengan bayaran sekurang-kurang £38 juta ($65 juta).

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan hatrik dalam kemenangan Ajax ke atas Ludogorets dalam perlawanan timbal balik Liga Europa di Bulgaria pada Khamis.

“Saya bercita-cita bermain dalam liga seperti ini sejak kecil,” kata Kudus, setelah West Ham mengesahkan pemindahannya ke Liga Perdana England (EPL).

“Saya amat gembira berada di sini. Namun, ia tidak berakhir di sini, saya ingin terus maju. Saya tidak sabar ingin bermula.

“Saya cuba yang terbaik untuk menghiburkan peminat kerana saya fikir itulah matlamat bola sepak,” tambah beliau.

Kudus berharga 44.5 juta euro ($65 juta) dengan tambahan kos dan sedang menikmati prospek bermain bola sepak peringkat elit di England.

Difahamkan bahawa Brighton telah mencapai persetujuan bersama Ajax untuk membeli Kudus pada permulaan awal Ogos, tetapi tidak dapat memuktamadkan syarat peribadinya.

Kudus memulakan kerjaya profesionalnya di kelab Denmark, Nordsjaelland, pada 2018, sebelum ke Ajax pada 2020 di mana beliau menjaringkan 27 gol dalam 87 penampilan, sekali gus menolong pasukannya memenangi Liga Belanda sebanyak dua kali.

Beliau menjaringkan 11 gol dalam 30 penampilan Liga Belanda musim lalu, apabila Ajax menduduki tempat ketiga.

Pemain asal Ghana itu menjaringkan tujuh gol dalam 24 perlawanan sejak membuat penampilan sulung bagi negaranya pada 2019 dan memulakan ketiga-tiga perlawanan Ghana dalam Piala Dunia 2022 di Qatar, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Korea Selatan.

Kudus pemain keempat yang ditandatangani West Ham musim ini.

Beliau rekrut kedua pengurus West Ham, David Moyes, daripada Ajax musim panas ini, menyusuli ketibaan rakan senegaranya Edson Alvarez dalam kontrak yang dipercayai bernilai kira-kira £35 juta.

West Ham turut menandatangani pemain tengah James Ward-Prowse daripada Southampton dan pemain pertahanan Konstantinos Mavropanos daripada Stuttgart awal Ogos. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg