Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Nuno dipecat Spurs susuli kekalahan kepada Man U

Pengurus asal Portugal 'hilang' tugas selepas hanya 17 perlawanan; Dua calon - Paulo Fonseca dan Antonio Conte - disebut-sebut sebagai pengganti
Nov 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Nuno Espirito Santo telah meninggalkan jawatannya sebagai pengurus Tottenham Hotspur selepas hanya 17 perlawanan.



Ini setelah Spurs tewas 0-3 kepada Manchester United di stadium sendiri pada hujung minggu lalu.



Akhbar di Britain semalam melaporkan pengerusi Spurs Daniel Levy dan pengarah urusan bola sepak Fabio Paratici telah mengadakan perbincangan tentang masa depan Nuno.



Tidak lama kemudian, kelab tersebut mengumumkan, pengurus berusia 47 tahun asal Portugal itu telah dipecat.



Nuno, 47 tahun, berpindah dari Wolverhampton Wanderers ke Spurs di akhir musim lalu, selepas beliau mengikat kontrak dua tahun dengan kelab yang berpangkalan di London itu.



Namun, meskipun Spurs memulakan musim dengan positif, ia kini telah tewas lima daripada tujuh perlawanan Liga Perdana England (EPL).



Spurs kini terkandas di tangga kelapan dalam liga, 10 mata di belakang pendahulu Chelsea.



Namun, cara ia tewas kepada United juga menimbulkan banyak tanda tanya tentang cara Nuno menyusun strategi. Spurs gagal membuat sebarang percubaan gol yang menemui sasaran, walaupun pasukan yang diturunkannya dibarisi pemain berkaliber seperti Son Heung-min dan kapten England, Harry Kane.



Setelah Levy mengambil langkah untuk bertindak dan memecat Santo, Paulo Fonseca kini dijangka adalah pilihan utama untuk mengambil alih jawatan pengurus di Spurs.



Fonseca, 48 tahun, juga berasal dari Portugal dan pada musim lalu memimpin Roma dalam Serie A Italy.



Malah, beliau hampir dilantik sebagai pengurus di Spurs, tetapi diketepikan selepas Levy memilih untuk mendapatkan Gennaro Gattuso sebagai pengurus Spurs.



Namun Gattuso, bekas pemain Italy yang dikenali sebagai terlalu berani membuka mulut untuk berkongsi pendapat, dianggap kurang sesuai bagi jawatan itu selepas beliau berkongsi komen di media sosial berhubung kelab tersebut.



Sebaliknya, Nuno, yang telah menunjukkan keupayaannya semasa memimpin Wolves dilantik sebagai pengurus.



Namun kini pelantikan itu dilihat sebagai satu kesilapan.



Percubaan Spurs untuk mendapatkan Fonseca sebagai pengurus baru, namun, dijangka ditentang oleh Newcastle United.



Kelab bergelar The Magpies itu, yang pada bulan lalu mengumumkan pemilik baru, dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan Fonseca untuk mendapatkan khidmatnya sebagai pengurus, selepas kelab itu memecat Steve Bruce.



Seorang lagi pengurus yang disebut-sebut sebagai berpotensi menggantikan Nuno ialah bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte.



Conte, 52 tahun dan berasal dari Italy, mempunyai rekod cemerlang setelah memenangi kejuaraan liga di kededua England dan Italy; selain mempunyai rekod sebagai pemain yang berkaliber.



Namun, Conte difahamkan mahu melihat perkembangan di Manchester United berhubung masa depan pengurus Ole Gunnar Solsjkaer sebelum membuat keputusan.



Pengamat bola sepak dan bekas kapten Spurs, Tim Sherwood, bagaimanapun berkata dalam catatan di Twitter:



"Ia adalah sesuatu yang malang... tapi setelah Spurs berasa wajar bertindak, mereka harus meneliti langkah seterusnya. Kelab ini perlukan kestabilan dan terlalu banyak pertukaran sejak beberapa musim lalu." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >