Nur Marina gigih imbangi renang, kerjaya dan pengajian PhD tak lama lagi
Premium
Nur Marina gigih imbangi renang, kerjaya dan pengajian PhD tak lama lagi
May 13, 2024 | 6:00 AM
Perenang nasional, Nur Marina Chan Shi Min Alif Abdullah, giat mengimbangi masa antara latihan nasional serta kerjaya sebagai penyelidik. Malah beliau sudah pun mendaftarkan diri sebagai calon pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang kemampanan dan akuakultur. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Bagi sesetengah atlet, detik melangkah ke alam pekerjaan bermakna tumpuan yang lebih bagi membina kerjaya dan mengurangkan masa berlatih. Ada pula yang berundur sepenuhnya daripada bersukan.
Tidak begitu pula dengan perenang nasional, Nur Marina Chan Shi Min Alif Abdullah, 26 tahun, yang giat mengikuti latihan nasional di samping memberi tumpuan kerjayanya sebagai penyelidik di Teknologi Akuakultur Singapura (SAT) sejak menamatkan pengajiannya dengan cemerlang – namanya disertakan dalam Senarai Dekan (Dean’s List) – di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2022.
Laporan berkaitan
Walau lama menanti, Hanurdeen tak putus asa; sasar emas
di Sukan SEA 2025Jan 24, 2024 | 3:41 PM
Tekong legenda negara kongsi era cemerlang sepak takraw S’puraFeb 14, 2024 | 2:51 PM


