Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NZ lapor Canada ke IOC atas insiden dron

Jul 24, 2024 | 6:05 PM
Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos. - Foto EPA-EFE

PARIS: Jawatankuasa Olimpik New Zealand (NZOC) berkata sesi latihan pasukan bola sepak wanitanya telah diganggu oleh dron yang dikendalikan anggota kakitangan pasukan Canada, iaitu lawan yang bakal mereka hadapi dalam Kumpulan A pada 25 Julai.

“Pada 22 Julai, dron telah diterbangkan di atas sesi latihan pasukan bola sepak wanita New Zealand di St Etienne,” kata NZOC pada 24 Julai.

“Anggota pasukan sokongan serta-merta melaporkan insiden itu kepada polis, menyebabkan pengendali dron, yang telah dikenal pasti sebagai anggota kakitangan dalam pasukan bola sepak wanita Canada, ditahan,” tambahnya.

Insiden itu serta-merta dilaporkan ke unit integriti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan pasukan Canada telah meminta maaf dan siasatan dikatakan sedang dijalankan, kata NZOC.

“NZOC dan bola sepak New Zealand komited untuk menegakkan integriti dan keadilan Sukan Olimpik dan amat terkejut dan kecewa dengan insiden ini, yang berlaku hanya tiga hari sebelum kededua pasukan dijangka bertemu dalam perlawanan pembukaan Paris 2024,” kata kenyataan itu.

“Buat masa ini, keutamaan utama adalah untuk menyokong pemain bola sepak wanita New Zealand ketika mereka memulakan kempen mereka,” ujarnya lagi.

Jawatankuasa Olimpik Canada berkata mereka dimaklumkan mengenai insiden yang melibatkan “anggota yang tanpa akreditasi daripada pasukan sokongan bola sepak Canada,” sambil menambah bahawa mereka “sedang mengkaji semula langkah seterusnya dengan IOC, Paris 2024, bola sepak Canada dan Fifa.”

“Jawatankuasa Olimpik Canada menyokong permainan yang adil dan kami terkejut dan kecewa. Kami memohon maaf secara tulus ikhlas kepada Bola Sepak New Zealand, semua pemain terjejas dan Jawatankuasa Olimpik New Zealand,” kata Jawatankuasa Olimpik Canada dalam satu kenyataan.

Jurucakap Bola Sepak Canada, Paulo Senra, memberitahu CNN bahawa persekutuannya “sedang bekerja rapat dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Canada mengenai isu yang melibatkan pasukan nasional wanita.”

Canada meraih pingat emas Olimpik pertama bola sepak wanita setelah menewaskan Sweden menerusi sepakan penentuan penalti dalam final Tokyo 2020.

Misi Canada untuk mempertahankan gelaran mereka bermula menentang New Zealand, dengan Perancis dan Colombia juga dalam Kumpulan A. – Agensi berita.

“NZOC dan bola sepak New Zealand komited untuk menegakkan integriti dan keadilan Sukan Olimpik dan amat terkejut dan kecewa dengan insiden ini, yang berlaku hanya tiga hari sebelum kededua pasukan dijangka bertemu dalam perlawanan pembukaan Paris 2024.”
Jawatankuasa Olimpik New Zealand (NZOC) dalam satu kenyataan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg