Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH SUKAN SINGAPURA

Olahragawan Terbaik Loh Kean Yew hargai ibu bapanya

Pemain tenis meja Yu Mengyu dinobat Olahragawati Terbaik
Nov 12, 2022 | 05:30 AM



PENUH fokus dalam gelanggang, bintang badminton Singapura Loh Kean Yew mengakui beliau rasa gementar selepas atlet berusia 25 tahun itu menewaskan bekas pemain pool nombor satu dunia Aloysius Yapp untuk memenangi anugerah Olahragawan Terbaik sulungnya di Anugerah Sukan Singapura (SSA) kelmarin.



Kemenangan terbaru Loh itu muncul dua hari setelah beliau berjaya menembusi kelompok tiga pemain terbaik dunia buat kali pertama dalam kerjayanya.



Walaupun jelas kelihatan gementar selepas menerima trofi dan cek $10,000 di atas pentas di Orchid Ballroom Marina Bay Sands, tumpuan Loh segera beralih untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya yang hadir.



Dan ketika bercakap kepada media selepas majlis itu, beliau sekali lagi memberi penghargaan kepada ibunya, Grace Gan, 58 tahun, dan bapanya, Loh Pin Keat, 60 tahun.



"Semasa saya mula bermain badminton, tidak mudah untuk mereka menyokong kedua-dua saya dan abang saya (Kean Hean) pergi menjalani latihan sebab kami bukan keluarga senang," kata Loh, yang dilahirkan di Pulau Pinang.



"Mereka menghantar kami ke latihan dan akan menunggu hingga kami selesai sebab saya pernah berlatih hingga 12 pagi. Salah satu pengorbanan paling penting yang mereka lakukan ialah menghantar kami ke Singapura.



"Saya tidak boleh bayangkan apa yang mereka lalui setiap hari dengan anak-anak mereka harus berjauhan dari mereka. Itulah salah satu pengorbanan terbesar - mereka tidak dapat meluangkan masa bersama kami."



Wajarlah apabila ditanya bagaimana beliau - hanya pemain badminton kedua dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik lepas Ronald Susilo pada 2005 - akan meraikan kemenangannya itu, Loh berkata beliau akan melakukannya dengan menghabiskan masa bersama ibu bapanya.



Pada Disember 2021, Loh menjadi pemain Singapura pertama memenangi Kejohanan Sedunia BWF di Sepanyol. Sebelum kemenangan bersejarah itu, beliau menjuarai Piala Belanda pada Oktober dan Terbuka Hylo di Jerman sebulan kemudian.



Seterusnya bagi Loh ialah Terbuka Australia pada 15-20 November, yang beliau hanya perlu mengalahkan warga India Mithun Manjunath pada pusingan pertama untuk menjamin tempatnya dalam acara akhir musim berprestij Pusingan Akhir Jelajah Dunia.



Sementara itu, pemain tenis meja Yu Mengyu, 33 tahun, memenangi anugerah Olahragawati Terbaik mengatasi atlet lawan pedang Amita Berthier dan pemain boling wanita Shayna Ng. Beliau juga membawa pulang trofi dan cek $10,000.



Yu meraih pujian di temasya Olimpik Tokyo selepas beliau bangkit daripada kecederaan untuk memberi saingan hebat kepada pemain China, Chen Meng, yang akhirnya memenangi pingat emas.



Yu, yang tewas kepada atlet Jepun Mima Ito dalam perlawanan merebut pingat gangsa, bersara Mac tahun ini untuk menggalas tugas penolong jurulatih skuad pembangunan junior Persatuan Tenis Meja Singapura bagi atlet berpotensi tinggi berumur sembilan hingga 12 tahun.



Beliau sudah pun menyasar satu lagi kejayaan di edisi mendatang SSA. "Ini anugerah terakhir saya sebagai atlet. Sebagai jurulatih, saya harap saya dapat menyampaikan pengalaman saya kepada anak-anak muda. Saya harap saya boleh menang anugerah Jurulatih Terbaik pada masa akan datang."



Anugerah tahunan itu, anjuran Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore (SportSG) dengan sokongan Tote Board, bertujuan mengiktiraf pencapaian atlet dan memberi penghormatan kepada mereka bagi kelakonan dan pencapaian sepanjang tahun.



Ia diadakan semula lepas ditiadakan setahun apabila pandemik menjejas jadual sukan dan pertandingan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >