Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ole kecewa United gagal rebut 3 mata di Anfield

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Manchester United "terlepas peluang" menewaskan Liverpool, kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer setelah pasukannya kekal menghuni puncak Liga Perdana dengan keputusan seri tanpa gol menentang juara bertahan itu kelmarin.



Ia adalah perlawanan yang gagal memenuhi jangkaan sebelum perlawanan dan Solskjaer tahu pasukannya memiliki peluang jaringan yang lebih baik untuk menggenggam kemenangan penting di Anfield.



Liverpool, tanpa pemain bek tengah senior dan dengan pemain midfield Jordan Henderson dan Fabinho mengisi bahagian pertahanan, menguasai pemilikan bola pada separuh pertama tetapi United paling hampir membuka jaringan ketika tendangan bebas Bruno Fernandes dari luar kotak penalti nyaris melengkung masuk gawang.



Fernandes kemudian dihalang oleh kaki penjaga gol Liverpool Alisson selepas waktu rehat sebelum percubaan jarak jauh Thiago memaksa David de Gea, yang kurang sibuk, untuk beraksi.



Alisson menjadi wira Liverpool pada saat-saat akhir perlawanan ketika beliau menyekat rembatan Paul Pogba dari jarak dekat.



"Dengan peluang jaringan yang kami miliki, ia adalah peluang yang terlepas. Tetapi, sekali lagi, kami bermain dengan pasukan yang sangat bagus," kata Solskjaer kepada BBC Sport. "Saya kecewa tetapi satu mata adalah okay jika anda menang perlawanan seterusnya.



"Kami telah bertambah baik dan membuat kemajuan. Ia bukan hanya keputusan yang kami kecewa, ada juga sebahagian persembahan. Saya tahu pemain ini boleh bermain dengan lebih baik."



United kini dua mata di depan Manchester City, yang naik menghuni tangga kedua liga setelah membenam Crystal Palace 4-0, dan Leicester City di tangga ketiga.



Liverpool, yang hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan liga terakhir mereka, jatuh tangga keempat, satu mata di belakang Foxes.



Mengulas persembahan anak buahnya, pengurus Liverpool Jurgen Klopp, berkata:



"Saya rasa persembahan kami cukup baik untuk menang tetapi untuk menang perlawanan anda perlu menjaringkan gol dan kami gagal melakukannya. Justeru, sebab itu kami dapat keputusan tersebut.



"Kami berusaha dan menjaringkan gol dan kami berusaha untuk elak tidak menjaringkan gol. Kami jelas harus abaikan kenyataan itu dan harap ia (jaringan gol) kembali menjadi baik."



Liverpool kini empat perlawanan liga tanpa kemenangan sejak membelasah Crystal Palace 7-0 di Selhurst Park.



Sebelum keputusan seri ini, West Bromwich Albion meninggal Anfield dengan satu mata sementara Liverpool juga mencatat keputusan seri tanpa gol di Newcastle United dan kalah di Southampton.



"Cara kami memahami permainan, cara kami merasakan permainan, cara kami membaca saat-saat itu benar-benar baik. Tetapi, ia bukan bagaimana ia seharusnya lantas kami sama sekali ada ruang untuk peningkatan. Kami akan terus memperbaiki persembahan," tambah Klopp. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >