Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Ole! Ole! Ole! Di Wisma Geylang Serai

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



BAHANG perlawanan kemuncak Piala Dunia 2022 dapat dirasakan hampir di seluruh Singapura.



Misalnya ratusan peminat bola sepak menghadiri tayangan perlawanan akhir itu di Wisma Geylang Serai dini hari semalam, untuk menyaksikan Argentina menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti.



Suasana riuh dapat dirasakan dengan penyokong memberikan sorakan apabila kedua-dua pasukan berbalas jaringan dan akhirnya perlawanan terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti.



Menurut jurucakap WGS, seramai 800 peminat dari pelbagai latar belakang dan usia hadir untuk menyaksikan pemain terhebat dunia, Lionel Messi, menjulang trofi Piala Dunia buat julung kalinya.



Sebelum perlawanan yang mendebarkan itu bermula pada 11 malam, mereka yang hadir turut disajikan dengan hiburan oleh penyampai radio Mediacorp RIA 987, Azura Goh dan Fadli Kamsani.



Sepanjang kejohanan Piala Dunia ini, WGS telah menayangkan hampir kesemua perlawanan di skrin besar di Persada Budaya secara percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >