Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AIR MARINE

Oman hebat, namun S'pura tidak perlu gentar

Nazri yakin pasukan Singa ada peluang menangi perlawanan menentang pasukan gergasi Asia
Mar 23, 2019 | 05:30 AM



JARAK kedudukan ranking Fifa antara Oman dengan Singapura amat jauh berbeza.



Oman mempunyai ranking tertinggi - di tangga ke-90 - di antara empat pasukan yang bertanding dalam Piala Air Marine, berbanding Singapura yang berada di tangga ke-165.



Namun meskipun ia dilihat sebagai satu tugas menggentarkan, jurulatih sementara skuad Singa, Nazri Nasir, mengalu-alukan pertemuan kededua pasukan dalam perlawanan akhir malam ini di Stadium Bukit Jalil.



"Mereka merupakan pasukan hebat sepertimana kita dapat lihat dari perlawanan pertama mereka apabila mengalahkan Afghanistan.



"Namun, sesiapa sahaja boleh menang perlawanan ini. Saya percaya pemain kami dapat tunjukkan persembahan yang dijangkakan dari mereka sekali lagi untuk perlawanan ini.



"Apapun, kita tidak hanya akan duduk di belakang dan mempertahankan gawang kita. Untuk melakukan serangan, kita perlu bersabar dan mengambil peluang yang ada.



"Kita perlu memberi tumpuan 100 peratus dan jalankan tanggungjawab dan peranan kita di dalam padang," kata Nazri ketika dihubungi Berita Harian.



Menyuarakan pandangan sama, kapten Singa, Hariss Harun berkata:



"Penting bagi kami bermain dengan baik dan meneruskan momentum ini selepas perlawanan sukar pada Rabu lalu.



"Oman adalah pasukan yang berada di tahap berbeza dari kami, jadi ia satu cabaran besar untuk mengatasi mereka dalam perlawanan akhir.



"Tetapi kami mempunyai keyakinan untuk perlawanan sukar ini."



Selepas persembahan yang memberangsangkan pada Rabu lalu apabila pasukan bola sepak negara berjaya menewaskan Malaysia 1-0 di depan penyokong mereka sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil, Nazri berkata beliau tidak menolak kemungkinan menggunakan taktik dan sistem permainan serupa.



Namun beliau turut menegaskan pemilihan barisan kesebelasan utama pemain buat perlawanan nanti bergantung kepada tahap kecergasan mereka.



Peluang juga akan diberi kepada pemain yang tidak dipilih bagi perlawanan pertama, antaranya seperti pemain sayap, Gabriel Quak.



"Kami beri lebih tumpuan kepada memperbaiki taktik permainan kami menjelang perlawanan ini.



"Saya tidak mahu memenatkan pemain sebelum hari perlawanan kerana saya mahu mereka berasa cergas dan bersedia.



"Ada beberapa pemain yang tidak saya mulakan ketika perlawanan dengan Malaysia, jadi saya akan beri mereka peluang kali ini. Mungkin Gabriel ataupun Faritz Hameed akan dimasukkan," ujar beliau lagi.



Oman yang telah melangkah ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Asia, kini dipimpin jurulatih baru dan bekas pemain midfield Belanda, Erwin Koeman, selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Pim Verbeek.



Sebelum pertandingan ini bermula, mereka telah menetapkan sasaran untuk merangkul piala yang dipertandingkan buat julung kalinya itu.



Koeman, yang merupakan adik kepada jurulatih pasukan Belanda, Ronald Koeman, memulakan pertandingan ini dengan langkah kanan selepas membenam Afghanistan 5-0.



Namun beliau juga mahu mengambil langkah berhati-hati selain mahu memberi peluang kepada kesemua pemain beliau.



"Secara keseluruhan, kami mempunyai 22 pemain, jadi pasti untuk perlawanan esok akan ada beberapa perubahan.



"Sudah tentu, kita mahu menang perlawanan akhir tetapi bagi saya, penting juga untuk melihat semua pemain beraksi," katanya.




"Mereka (Oman) merupakan pasukan hebat sepertimana kita dapat lihat dari perlawanan pertama mereka apabila mengalahkan Afghanistan. Namun, sesiapa sahaja boleh menang perlawanan ini. Saya percaya pemain kami dapat tunjukkan persembahan yang dijangkakan dari mereka sekali lagi untuk perlawanan ini."
- Jurulatih bola sepak Singapura, Nazri Nasir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >