Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA MIAMI

Osaka dan juara bertahan Barty mara ke suku akhir

Mar 31, 2021 | 05:30 AM



MIAMI: Pemain ranking nombor dua dalam pertandingan Terbuka Miami, Naomi Osaka, meneruskan rekod kemenangannya kepada 23 perlawanan dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir pertandingan tersebut.



Osaka, yang rekod kecemerlangannya itu membantu beliau memenangi kejuaraan Terbuka Amerika dan Terbuka Australia, menang 6-3, 6-3 ke atas Elise Mertens.



Juara bertahan yang juga pemain pilihan nombor satu, Ashleigh Barty, juga mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan pemain Belarus, Victoria Azarenka.



Barty menang 6-1, 1-6, 6-2 dalam perlawanan sengit dengan finalis Terbuka Amerika 2020.



Pemain Australia itu, yang sedang beraksi dalam pertandingan luar negara pertamanya sejak lebih setahun ekoran pandemik koronavirus Covid-19, akan berdepan pemain Belarus, Aryna Sabalenka.



Osaka pula akan bertemu pemain Greece, Maria Sakkari, atau pemain Amerika, Jessica Pegula, untuk tempat dalam perlawanan separuh akhir.



"Saya bermula dengan sangat baik dan kemudian kerana beberapa sebab saya menjadi sedikit lesu. Kepantasan saya tidak terasa sama," kata Osaka.



"Saya fikir ia benar-benar faktor mental sejak saat itu. Akhirnya, faktor penentu ialah siapa yang berjuang paling bersungguh-sungguh."



Barty pula berkata beliau teruja dapat mara ke suku akhir lain dalam satu lagi kejuaraan besar.



"Saya masih berasa dapat bermain tenis dengan lebih baik. Saya masih tidak berasa bahawa saya sudah menunjukkan permainan terbaik ketika ini, tetapi saya masih berjuang dan saya mencari jalan untuk menang, yang merupakan sesuatu yang hebat," ujar beliau. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >