SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Oscar Piastri tumpu rapatkan jurang sedang F1 ditangguhkan

Oscar Piastri tumpu rapatkan jurang sedang F1 ditangguhkan

Apr 9, 2026 | 6:34 PM

Oscar Piastri tumpu rapatkan jurang sedang F1 ditangguhkan

Oscar Piastri, pelumba McLaren, tempat kedua, Grand Prix Jepun, Formula Satu F1
Oscar Piastri, pelumba McLaren, meraikan tempat kedua di podium dengan piala selepas Grand Prix Jepun Formula Satu di Suzuka pada 29 Mac 2026. - Foto EPA

SYDNEY: Seperti pelumba lain, Oscar Piastri sedar betapa cepatnya penguasaan boleh hilang dengan cepat di litar Formula Satu (F1), namun yakin bahawa McLaren boleh mencabar Mercedes apabila perlumbaan disambung semula kelak, selepas terpaksa ditangguhkan ekoran perang di Timur Tengah.

Pelumba Australia itu memulakan musim ini dengan teruk, terhempas dalam perjalanan ke grid dalam perlumbaan di tempat sendiri di Melbourne, dan kemudian gagal bermula di petak permulaan di China kerana masalah elektrik keretanya.

Namun, pada pusingan ketiga di Jepun, Piastri menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang pemandu Mercedes, Kimi Antonelli.

Baginya, ini memberi peringatan kepada peminat bahawa beliau adalah antara tiga pelumba handal pada musim lalu.

Krisis di Timur Tengah telah memaksa Grand Prix Bahrain dan Arab Saudi tersingkir daripada jadual buat masa ini, menyebabkan perlumbaan F1 terkandas untuk hampir sebulan sebelum disambung semula di Miami, Amerika Syarikat, pada awal Mei.

Piastri, yang menyambut ulang tahun ke-25 pada 6 April, melihat penangguhan musim ini sebagai peluang buat pasukan McLarennya berusaha mencari cara untuk merapatkan jurang dengan Mercedes, yang telah memenangi ketiga-tiga Grand Prix dan pecutan China setakat ini pada 2026.

“Jelas sekali musim ini sangat singkat, jadi ia merupakan peluang yang baik untuk semua orang mendapatkan latihan yang baik,” katanya dalam video yang disiarkan di media sosial minggu ini.

“Pada asasnya, hanya sedikit masa untuk membuat persediaan. Saya fikir kita telah belajar banyak dalam beberapa perlumbaan pertama dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari, jadi ia memberi kita lebih banyak masa untuk menganalisis sesuatu, duduk, mencernanya dan cuba bangkit dengan lebih kuat di Miami,” tambahnya.

Piastri, yang berada dalam musim ketiganya dalam F1, pada 8 April dinamakan sebagai ahli sukan berpendapatan tertinggi Australia oleh Sydney Morning Herald dengan anggaran pendapatan antara A$57 juta ($51.1 juta) dengan A$59 juta.

Prestasinya melonjak pada 2025 apabila beliau memenangi tujuh daripada 15 perlumbaan pertama dengan McLaren yang ketika itu dominan dan sekali gus meningkatkan harapan dan penantian panjang Australia bagi seorang juara dunia, yang memasuki tahun ke-46 musim ini.

Namun akhirnya, kemenangan tidak menjadi kenyataan.

Rakan sepasukannya, Lando Norris, memenangi gelaran juara, manakala prestasi Max Verstappen meningkat pada akhir musim untuk Red Bull, sekali gus meletakkan pemandu Australia itu ke tempat ketiga dalam kedudukan akhir. – Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg