Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Pak cik kesan bakat Nadal sejak berusia tiga tahun

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



SEPANYOL: Daripada bola pertama yang dilemparkan Toni Nadal ke arah anak saudaranya yang berusia tiga tahun, beliau dapat melihat ada sesuatu yang berbeza tentang kanak-kanak itu, berbanding dengan kanak-kanak lain.



Pernah menjadi pemain amatur tenis Sepanyol terkemuka yang bertanding dalam kejohanan kebangsaan, jurulatih itu mempunyai ratusan kanak-kanak di bawah pengawasannya di Kelab Tenis Manacor di Mallorca.



"Apabila saya memukul bola kepada Rafael, beliau pergi ke arahnya. Beliau tidak menunggu bola sampai kepadanya.



"Biasanya, apabila saya menghantar bola kepada seorang kanak-kanak kecil, mereka berdiri dan menunggu sehingga bola tiba kepada mereka. Tetapi anak saudara saya ini lain... dia pergi ke arahnya. Bagi saya, ini istimewa," kata Toni.



Penilaian itu terbukti betul. Rafael Nadal adalah bakat istimewa dan, dengan Toni membentuknya sebagai pemain dan individu, pemain berusia 35 tahun itu telah membuktikannya.



Tiada pemain dalam sejarah memenangi lebih banyak gelaran Grand Slam perseorangan lelaki berbanding Rafael Nadal.



Pemain Sepanyol itu menyamai rekod 20 kemenangan utama Roger Federer pada Terbuka Perancis 2020, dengan pemain Serbia Novak Djokovic menyertai mereka dalam jumlah yang sama selepas memenangi Wimbledon pada 2021.



Baru-baru ini, dalam kemenangan besar yang paling tidak mungkin dalam kariernya, Nadal menjulang gelaran Terbuka Australia keduanya untuk mengatasi Federer dan Djokovic.



Namun, seperti yang sering diakui Nadal, beliau tidak akan mencapai skala kejayaan yang sama tanpa lelaki yang dikenali di seluruh dunia tenis sebagai 'Pak Cik Toni'.



Terdapat banyak kisah tentang didikan dan jagaan 'cinta keras' Toni. Tanpa mereka, seorang anak muda yang disifatkan oleh kakak Rafael Nadal, Maribel, sebagai "pengecut" mungkin tidak pernah berubah menjadi "lembu jantan yang mengamuk" yang kita kenali di gelanggang sebagai salah seorang atlit yang paling sengit bersaing dalam generasinya.



Pada hari-hari awal mereka bersama di gelanggang, ketika Rafael Nadal masih sebahagian daripada kumpulan yang lebih luas, beliau akan dilayan secara berbeza oleh bapa saudaranya itu. Tetapi ini bukan kes nepotisme.



Rafael yang disifatkan oleh Toni sebagai seorang yang lemah lembut dan pendiam pada usia muda, pernah berasa sakit hati dengan perlakuan yang dirasakannya terlalu keras.



"Saya menuntut banyak daripada Rafael kerana saya sangat mengambil berat tentangnya," kata Toni.



Ibu Rafael, Ana Maria, mengimbas kembali bagaimana anak lelakinya yang masih kecil itu pulang dari latihan dalam keadaan menangis tetapi tidak mendedahkan perkara yang telah mengecewakannya.



Pernah sekali beliau memberitahu ibunya bahawa Toni telah memanggilnya 'anak mak' dan Ana Maria mahu bersemuka dengan abang iparnya itu.



Tetapi Rafael menegaskan ibunya tidak sepatutnya membuat kekecohan dan memintanya untuk berdiam diri dan tidak memburukkan keadaan.



Rafael berkata bapa saudaranya itu pernah menjerit dan cuba menakut-nakutkannya, kadang-kadang meninggalkannya dengan "perasaan tenggelam dalam perutnya" jika mereka berdua sahaja yang berlatih bersama.



Jika fikiran budak muda itu melayang semasa mereka berada di gelanggang, Toni sering membaling bola ke arahnya untuk menarik perhatiannya.



Pada akhir latihan, Toni menegaskan Rafael terpaksa mengambil semua bola yang bertaburan dan menyapu kotoran, manakala kanak-kanak lain merayau pulang.



"Saya percaya pada tugasan dan saya percaya pada pemain yang cukup kuat untuk menghadapi intensiti kerja ini. Saya tidak dapat memahami gaya hidup yang lain. Pada pendapat saya, anda perlu sentiasa mengetahui tempat anda di dunia.



"Ini sebab saya buat begitu pada Rafael. Saya tahu beliau boleh hadapinya," ujar Toni. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >