Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Palestin tempah sejarah, layak ke pusingan kalah mati

Jan 24, 2024 | 04:19 PM



DOHA: Buat julung-julung kalinya, Palestin berjaya melangkah ke peringkat kalah mati Piala Asia selepas menewaskan Hong Kong 3-0 pada 23 Januari dalam perlawanan terakhir Kumpulan C.


Ini juga merupakan kemenangan perlawanan pertama bagi pasukan itu dalam sejarah kejohanan tersebut.

Sungguhpun tidak menduduki dua tangga teratas dalam kumpulan itu – dan sekalipun tewas 1-2 kepada pendahulu kumpulan, Iran, dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE) kekal pada tangga kedua – Palestin tampil sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga dalam kejohanan itu.

Ini melayakkan pasukan tersebut bermain dalam peringkat kalah mati.

Pemain Oday Dabbagh muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol manakala satu lagi gol dijaringkan penyerang Zaid Qunbar.

Sebaik wisel penamat ditiupkan, pemain dan pegawai pasukan Palestin berpelukan di padang sambil mengibarkan bendera negara mereka.

Sepanjang perlawanan, seramai 6,568 penyokong membanjiri Stadium Abdullah Bin Khalifa, dengan sebahagian besar mereka memberi sorakan kepada Palestin – seperti yang juga disaksikan di kebanyakan lokasi apabila pasukan Palestin bermain perlawanan mereka.

Kemenangan Palestin itu amat bermakna selepas dibayangi serangan Israel di Gaza menyebabkan pemain serta pegawai pasukan itu kehilangan ahli keluarga akibat konflik itu.

Kapten Palestin, Musab Al-Battat, berkata pasukannya telah mengotakan “janji kepada rakyat Palestin” selepas mara ke pusingan seterusnya.

Beliau berkata: “Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami. Kami mampu menghadirkan senyuman kepada wajah mereka yang sentiasa menyokong kami, sama ada di dalam atau luar Palestin.”

Hong Kong muncul sebagai pasukan yang gagal mencatatkan sebarang mata dalam Kumpulan C dan pasukan tanpa kemenangan terbanyak Piala Asia iaitu 12 perlawanan manakala Palestin gagal menang dalam lapan perlawanan.

Awal dari itu pada 19 Januari, jurulatih Palestin, Makram Daboub, pernah menjelaskan bahawa perlawanan dengan Hong Kong menempah sejarah yang begitu besar buat rakyat Palestin.

Beliau menyatakan sedemikian selepas pasukannya seri 1-1 dengan UAE – yang beraksi dengan 10 pemain – dalam perlawanan kedua Kumpulan C.

UAE membuka jaringan pada pertengahan babak pertama menerusi tandukan Sultan Adil.

Rentak perlawanan berubah apabila Palestin dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-37 dan pemain pertahanan UAE, Khalifa Al-Hammadi, dibuang padang.

Sepakan penalti Tamer Seyam diselamatkan penjaga gol UAE Khalid Eisa tetapi Palestin memperoleh gol penyamaan selepas lima minit babak kedua bersambung apabila pemain pertahanan UAE Bader Nasser tertanduk bola ke gawang sendiri. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >