Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panel Insiden: Kad merah ke atas Trossard adalah keputusan betul

Trossard dilayang kad kuning kedua selepas tendang bola keluar daripada padang
Sep 26, 2024 | 2:13 PM
Pemain Arsenal, Leandro Trossard (dua dari kiri), dibuang padang oleh pengadil Michael Oliver (baju hitam) dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Manchester City pada 22 September yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Pemain Arsenal, Leandro Trossard (dua dari kiri), dibuang padang oleh pengadil Michael Oliver (baju hitam) dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Manchester City pada 22 September yang berakhir dengan keputusan seri 2-2. - Foto REUTERS

Pengadil Michael Oliver adalah tepat untuk membuang padang pemain Arsenal Leandro Trossard dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara Manchester City dengan Arsenal pada 22 September yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, umum Panel Insiden Perlawanan Utama.

Pemain tengah Arsenal itu dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas menendang bola keluar daripada padang susulan mengasari Bernardo Silva, lantas menghalang City daripada memulakan semula perlawanan dengan cepat.

Arsenal mendahului 2-1 di Stadium Etihad, tetapi bek tengah, John Stones, berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-98, sekali gus memberi City satu mata dan mengembalikan mereka ke tangga pertama EPL.

Ia adalah kali kedua musim ini pemain Arsenal dikenakan kad merah kerana menangguhkan permulaan semula perlawanan.

Declan Rice dibuang padang ketika perlawanan menentang Brighton pada 31 Ogos yang tamat dengan keputusan seri 1-1.

Panel Insiden Perlawanan Utama, yang mengkaji semua keputusan utama pengadil dalam EPL setiap minggu, menulis dalam satu laporan:

“Trossard jelas menangguhkan permulaan semula perlawanan dengan menendang bola.”

Panel tersebut adalah badan bebas merangkumi tiga bekas pemain atau jurulatih, seorang wakil EPL dan seorang daripada badan pengadil Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Limited (PGMOL).

Menurut panel itu, pengadil David Coote juga tepat untuk tidak membuang padang pemain bek tengah, Lisandro Martinez, ketika Manchester United menentang Crystal Palace pada 22 September.

Martinez dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain tengah Daichi Kamada pada minit ke-63 dalam perlawanan yang tamat dengan keputusan seri 0-0 di Selhurst Park. Kedua-dua kaki Martinez tidak menyentuh tanah ketika melakukan terjahan ke atas Kamada.

Walaupun penolong pengadil video (VAR) Chris Kavanagh menyemak tindakan kasar itu, Coote tidak dikehendaki menyemak semula keputusan Kavanagh di monitor tepi padang.

Kedua-dua keputusan Coote dan VAR disokong kesemua lima anggota panel Insiden Perlawanan Utama dalam satu laporan untuk semua perlawanan minggu itu. Laporan itu dilihat saluran media BBC Sport.

Di samping itu, keputusan untuk membuang padang Morgan Gibbs-White dalam perlawanan seri 2-2 antara Nottingham Forest dengan Brighton pada 22 September tidak dipersetujui semua ahli panel.

Tiga daripada panel Insiden Perlawanan Utama percaya pengadil Robert Jones silap melayangkan kad kuning kedua kepada pemain tengah itu.

Gibbs-White, yang didakwa Persatuan Bola Sepak (FA) atas reaksinya, dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari penyerang Joao Pedro pada minit ke-83.

Lagi dua anggota panel itu berpendapat “intensiti terjahan adalah terlalu tinggi dan ia adalah terjahan melulu yang menunjukkan (Gibbs-White) tidak menghiraukan akibat kepada pihak lawan”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg