Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Paris Saint-Germain mahu pikat Harry Kane

Apr 20, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sedang bersaing dengan Manchester United untuk memikat kapten England dan Tottenham Hotspur, Harry Kane pada musim panas ini.



Pengurus United, Erik ten Hag kini sedang mencari-cari penyerang utama yang boleh melengkapkan pasukan yang sedang dibinanya di Old Trafford dan sumber yang dekat dengan kelab itu berkata beliau telah memilih Kane sebagai pilihan utama.



Kane, 29 tahun, dijangka dijual oleh Spurs pada musim panas akan datang selepas kelab itu sekali lagi menunjukkan prestasi mengecewakan dalam pertandingan dalam dan luar negeri.



Namun kini, kehadiran PSG akan merumitkan keadaan bagi United.



Pemilik Spurs, Daniel Levy, dikenali sebagai seseorang yang enggan berganjak apabila berunding bagi jual beli pemain dan Levy dijangka menggunakan minat dari PSG dan United untuk menaikkan harga bagi Kane.



Akhbar Perancis, Le Parisien, baru-baru ini melaporkan pengarah sukan PSG, Luis Campos kini sedang mengorak langkah untuk memikat Kane, dengan juara bertahan Liga Satu Perancis itu meneroka pilihan yang ada untuk menyegarkan barisan serangannya yang turut menampilkan Neymar dan Lionel Messi.



Tidak membantu keadaan, ialah hubungan akrab antara pemilik PSG Nasser Al-Khelaifi dan Levy.



Kededua jutawan itu dilaporkan telah bertemu di London pada awal tahun ini untuk berunding mengenai pelaburan bagi Spurs, walaupun butiran pertemuan mereka itu tidak didedahkan.



PSG mahukan Kane kerana masa depan Messi di kelab itu kurang jelas dan kehadiran Kane boleh memberi laluan bagi seorang lagi pemain bintang, Kylian Mbappe beraksi di posisi sayap yang disukainya.



Buat masa ini, Mbappe lebih banyak digunakan di bahagian tengah serangan.



Dalam pada itu, United kini sedang mencari-cari penyerang yang boleh menggantikan Wout Weghorst.



Pemain dari Belanda itu dipinjamkan kepada United oleh Burnley sehingga akhir kempen ini sahaja dan Anthony Martial dijangka meninggalkan Old Trafford selepas mengharungi musim yang sekali lagi dirundung kecederaan.



Keadaan ini bermakna Marcus Rashford satu-satunya penyerang mapan dalam kelab itu dan membeli Kane akan menggabungkan dua penyerang England yang berada dalam form hangat bagi musim baru.



Jika hasrat United mendapatkan Kane tidak menjadi kenyataan, Ten Hag dikatakan akan beralih tumpuan kepada pemain Benfica, Goncalo Ramos dan Mohammed Kudus yang pernah beraksi di bawah Ten Hag di Ajax.



Kolo Muani dan pemain Atalanta Rasmus Hojlund juga sedang diperhatikan.



Pemain Napoli Victor Osimhen dilaporkan juga boleh dipikat ke United, tetapi harganya dianggap terlalu tinggi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >