Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan Hoki Lelaki Singapura juara Piala E.W. Barker

Dec 18, 2023 | 3:23 PM
GEMBIRA MENANG: Pasukan kebangsaan hoki lelaki Singapura tewaskan Thailand 4-3 melalui penalti untuk menjadi juara Piala E.W. Barker.
GEMBIRA MENANG: Pasukan kebangsaan hoki lelaki Singapura tewaskan Thailand 4-3 melalui penalti untuk menjadi juara Piala E.W. Barker. - Foto ST

Seperti bola sepak, pukulan penentu penalti merupakan detik penuh kegembiraan atau kepahitan, dan itulah yang dialami pasukan hoki Singapura pada 17 Disember.

Pasukan hoki lelaki Singapura meraih kemenangan dalam kejohanan empat negara manakala kempen pasukan hoki wanita berakhir dengan kekecewaan.

Pada peringkat akhir Piala E.W. Barker, pasukan kebangsaan Singapura menang melalui pukulan penentu penalti 4-3 ke atas Thailand, yang berada dalam kedudukan ke-61 di dunia, selepas seri 1-1 pada waktu perlawanan biasa.

Chinese Taipei meraih tempat ketiga dengan kemenangan 6-3 ke atas Hong Kong, lapor The Straits Times (ST).

Pada peringkat akhir di Stadium Hoki Sengkang, Pemain Terbaik Perlawanan (MVP), Silas Noor, memberikan Singapura gol pendahulu pada minit ke-5 melalui sudut penalti.

Namun Thailand menemui rentak permainan mereka apabila Nattapong Trisom menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

Pada perlawanan peringkat kumpulan sebelumnya, kededua pasukan juga seri dengan Thailand bangkit untuk seri 3-3.

Namun kali ini, Singapura, yang berada di ranking ke-81 dunia, berjaya mengawal keghairahan mereka.

Dengan latihan tambahan mereka untuk penalti penentu itu membawa hasil.

Apabila Silas tidak menjaringkan penalti ketiga, Darren Sia, Enrico Marican dan Akash Prebhash semua menjaringkan penalti mereka.

Marican menjaringkan penaltinya yang kedua.

Ini terbukti menjadi penalti kemenangan selepas Hariraj Naidu dikasari penjaga gawang Thailand, Wistawas Phosawang, semasa percubaan penaltinya.

Tanakit Juntakian, Pichet Chaimanee, Kraiwich Thawichat semuanya menjaringkan penalti mereka untuk Thailand.

Tetapi penalti Thanakrit Boon-art tidak kena sasaran dan percubaan Chanachol Rungniyom pula terkena tiang gol.

Mengenai penalti kemenangannya, pemain tengah Singapura, Marican berkata:

“Saya hanya mempunyai satu sasaran, saya tahu mana saya hendak memukulnya, fokus kepada tugasan saya dan menjaringkannya.”

“Kami bermain dengan amat baik pada dua suku pertama, gerakan bola dengan baik dan kami dominan, namun untuk 15 minit terakhir merupakan sesuatu yang kita boleh perbaiki, untuk lebih fokus dan bertujuan.”

Jurulatih Singapura, Krishnan Vijayan Naidu, memuji pasukannya kerana mempamerkan perwatakan hebat dan berdisiplin.

Kini beliau berharap untuk mendapat sokongan daripada pihak berkepentingan, termasuk Kementerian Pertahanan (Mindef), untuk mengekalkan pasukannya untuk berlatih dan bersaing.

“Kami mengawal perlawanan dari mula, menangani tekanan pada suku terakhir dan berjaya.”

“Kami bermain dengan baik dengan pasukan yang mengandungi empat pemain debut, dan kami juga mempunyai tiga pemain cedera, dengan kapten saya (Ashriq Zul’kepli) juga cedera,” tambah beliau.

Untuk peringkat akhir Piala Annabel Pennefather, pasukan kebangsaan wanita Singapura mengalami kekalahan 3-2 semasa pukulan penentu penalti menentang Hong Kong, yang menduduki ranking ke-37 dunia, selepas seri 1-1 pada tempoh perlawanan biasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg