Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA

Pasukan kapal layar raih 7 pingat

May 09, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN kapal layar Singapura menamatkan kempen di Sukan SEA Kemboja dengan menggondol tiga emas dan empat perak pada Isnin.



Dalam acara yang diadakan di daerah tepi pantai Preah Sihanouk, Ryan Lo membuka tirai kemenangan pasukan kapal layar dalam kategori lelaki ILCA7 di mana beliau menewaskan lima lagi pesaing.



Ini merupakan pingat Sukan SEA beliau yang kedua selepas memenanginya pada edisi 2019 dalam acara Laser Standard.



Beliau membuat penampilan sulung dalam sukan Olimpik Tokyo 2020 dan dijangka melayakkan diri untuk temasya Olimpik di Paris pada 2024.



Isaac Goh kemudian menyusul dengan memenangi kategori terbuka ILCA4.



Pasangan Ellyn Tan dan Chia Tec Pin turut memenangi pingat emas bagi acara Terbuka 29er Gabungan.



Ini merupakan prestasi baik bagi pasukan kapal layar, di mana edisi Sukan SEA 2019, ia berjaya merangkul enam pingat - tiga daripadanya emas.



Pada 2017 pula, mereka mengutip 12 pingat dan empat daripadanya emas - sukan SEA Vietnam pada 2022 tidak menampilkan sukan kapal layar.



Singapura juga merupakan pasukan yang kuat di rantau ini setelah berjaya meraih 55 pingat emas Sukan SEA antara 1989 dan 2019.



Dalam pada itu, skuad renang negara meneruskan penguasaan dalam arena kolam renang dengan menyumbang tiga lagi emas pada Ahad.



Jonathan Tan membuka tirai pingat emas dengan memenangi acara gaya bebas 50 meter dengan masa 21.95 saat.



Beliau mengalahkan juara bertahan dan rakan senegara, Teong Tzen Wei, yang mendapat tempat kedua.



Awal daripada itu dalam peringkat saringan, Tan turut mencatatkan rekod negara iaitu 21.91 saat.



Catatan masa tersebut juga adalah rekod Sukan SEA yang baru dan masa peribadi terbaiknya.



Selepas kemenangan Tan, Gan Ching Hwee kemudian meneruskan rentak kemenangan skuad renang dengan memenangi acara gaya bebas 200 meter dengan catatan masa 2 minit 1.76 saat - sekaligus mempertahankan kejuaraan Sukan SEA



Chan Zi Yi menamatkan acara itu di tempat ketiga dengan catatan masa peribadi terbaik 2 minit 2.94 saat.



Letitia Sim melabuhkan tirai bagi pingat emas pada hari itu dalam medley individu 200 meter dengan catatan masa terbaik 2 minit 14.49 saat.



Setakat 7 petang (waktu Singapura), skuad negara telah berjaya mengutip 29 pingat - 10 emas, 6 perak dan 13 gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >