Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan seni regu wanita ke final kejohanan dunia; seni regu lelaki menang gangsa

Jul 28, 2022 | 11:40 PM



Dari Melaka



PASUKAN seni regu wanita berjaya ke final Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022.



Ini bermakna sama ada pingat emas atau perak menanti negara.



Di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada malam Khamis (28 Julai), trio yang dianggotai Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin dan Nur Ashikin Zulkifli menewaskan Brunei Darussalam.



Persembahan separuh akhir mereka dinilai 9.960 mata berbanding pasukan lawan (9.905 mata).



Ini merupakan penampilan pertama mereka dalam kejohanan dunia.



Pasukan seni regu lelaki negara - yang terdiri daripada Muhammad Affiz Md Zakri, Muhammad Nazrul Mohd Kamal dan Muhammadinil Mustafar Mohd Isa - tidak mengalami nasib serupa dalam separuh akhir.



Mereka hanya mampu merakam 9.920 mata, tidak cukup untuk menumbangkan tuan rumah, Malaysia (9.950 mata).



Singapura kini telah memungut satu pingat gangsa dalam edisi ke-19 kejohanan ini.



Kutipan pingat negara daripada acara seni dapat ditambah selepas Muhammad Iqbal Abdul Rahman (seni tunggal putera); Siti Nazurah Mohd Yusoff (seni tunggal puteri); serta Muhammad Hazim dan Muhammad Haziq Mohd Haque (seni ganda putera) menang dalam suku akhir acara masing-masing hari ini dan layak ke separuh akhir.



Mereka sekurang-kurangnya akan menggondol pingat gangsa.



Pesilat tanding Singapura turut berhasil hari ini.



Daripada tujuh aksi suku akhir, enam pesilat berjaya mara ke pusingan selanjutnya.



Ini bermakna negara dijamin sekurang-kurangnya enam gangsa menerusi acara tanding.



Juara bertahan dunia Sheik Farhan Sheik Alau’ddin membuka kempennya dengan kemenangan 20-(-3) ke atas Sengpheng Duangvilai dari Laos dalam acara tanding J putera. 



Wakil acara tanding I putera Singapura, Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin menewaskan warga Algeria, Dib Sofiane 31-11.



Dhani Andika Razali pula menang besar 28-2 menentang Noerem Milan Singh dari India dalam acara tanding bawah 45 kilogram putera.



Nur Syaza Insyirah Md Roslan tekad memperbaiki persembahan perak dalam edisi lalu pada 2018, setelah menang 24-3 menentang pesilat India, Dechamma Sudaiah dalam acara tanding B puteri.



Bakat muda, Siti Khadijah Mohd Shahrem mengatasi lawan sukar Nguyen Thi Cam Nhi dari Vietnam 54-48 dalam acara tanding E puteri, manakala Nadhrah Sahrin dengan tenang mengalahkan pesilat Kazakhstan Shukurova Roza 39-20 dalam acara tanding A puteri.



Kejutan terbesar malam ini adalah kekalahan juara dunia Nurul Suhaila Mohd Saiful. 



Pemenang pingat emas Sukan SEA 2022 itu jatuh ke tangan Le Thi Van Anh dari Vietnam 48-49 dalam acara tanding C puteri. 



Kejohanan dunia di Malaysia itu akan sampai ke kemuncaknya pada Ahad ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >