Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan Singa wanita mula persiapkan diri bagi kempen kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2026

Jun 3, 2025 | 7:50 PM
Pemain pertahanan Singapura, Putri Syaliza Sazali (kanan), antara pemain yang menentang Hong Kong pada 2022. Kededua pasukan  akan bertemu sekali lagi pada 12 Jun secara tertutup dan 15 Jun di Stadium Choa Chu Kang. Perlawanan persahabatan tersebut akan digunakan sebagai penanda tahap kesediaan mereka bagi kempen kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2026.
Pemain pertahanan Singapura, Putri Syaliza Sazali (kanan), antara pemain yang menentang Hong Kong pada 2022. Kededua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 12 Jun secara tertutup dan 15 Jun di Stadium Choa Chu Kang. Perlawanan persahabatan tersebut akan digunakan sebagai penanda tahap kesediaan mereka bagi kempen kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2026. - Foto FAS

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan Singapura akan kembali ke pentas antarabangsa dengan dua perlawanan persahabatan menentang pasukan Hong Kong.

Perlawanan pertama dijadual berlangsung secara tertutup pada 12 Jun, manakala pertemuan kedua akan berlangsung pada 15 Jun di Stadium Choa Chu Kang sebagai perlawanan rasmi antarabangsa FIFA ‘A’.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 3 Jun, pemilihan Stadium Choa Chu Kang sebagai lokasi perlawanan adalah kerana kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan di Stadium Bishan.

Dua perlawanan itu menandakan kemunculan semula skuad wanita Singapura dalam aksi antarabangsa tahun ini, selepas kali terakhir menentang pasukan tangga ke-80 dunia itu pada 2022.

Perlawanan itu juga menjadi medan persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2026 yang bakal diadakan di Jordan dari 23 Jun hingga 5 Julai.

Singapura berada di Kumpulan A bersama Iran, Jordan, Lubnan, dan Bhutan.

Jurulatih pasukan bola sepak wanita, Karim Bencherifa, menekankan kepentingan perlawanan persahabatan itu sebagai peluang menajamkan aspek taktikal pasukan, menilai tahap kesediaan pemain, dan memperkukuh semangat berpasukan.

“Perlawanan akan datang ini penting untuk kami memperhalusi pendekatan taktikal kami, menilai pemain kesediaan dalam persekitaran yang kompetitif, dan mengukuhkan perpaduan pasukan,” kata beliau.

“Sama ada perlawanan diadakan secara tertutup atau terbuka kepada orang ramai, objektif kami tetap sama-untuk melakukan yang terbaik dan menghasilkan keputusan yang positif.”

Bencherifa turut menyatakan bahawa pasukan Hong Kong merupakan lawan yang agar sukar dibolosi dan mencabar - sesuatu yang amat berguna dalam persediaan pasukannya.

Beliau memuji tahap disiplin, fokus, dan komitmen yang dipamerkan oleh para pemain sepanjang sesi latihan bagi skuadnya.

Beliau turut mengajak para penyokong untuk kekal memberi sokongan kepada skuadnya semasa tempoh yang penting ini.

Jurulatih itu menyeru para penyokong hadir ke Stadium Choa Chu Kang pada 15 Jun 2025 untuk memberikan sorakan dan semangat kepada pasukan negara, sambil menegaskan betapa pentingnya sokongan rakyat Singapura dalam menghadapi tahun penuh cabaran di pentas antarabangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg