Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan S’pura gementar dan bangga kali pertama ke Kejohanan Dunia

Nov 13, 2023 | 5:30 AM
PRETASI BAIK: Pasukan polo air wanita Singapura bakal membuat penampilan sulung mereka dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Doha, Qatar.
PRETASI BAIK: Pasukan polo air wanita Singapura bakal membuat penampilan sulung mereka dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Doha, Qatar. - Foto SNOC

Gementar tetapi juga berbangga.

Itulah perasaan pemain polo air wanita negara, Koh Ting Ting, menantikan nasib pasukannya untuk beraksi buat kali pertama dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2024.

Singapura meraih tempat keempat di belakang China, Jepun dan Kazakhstan di Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini tetapi akan ke acara yang bakal berlangsung dari 2 hingga 18 Februari di Doha, Qatar itu, sebagai pengganti Jepun, yang menarik diri kerana dilaporkan akibat kekangan bajet.

Penampilan pertama negara itu adalah tugas mencabar.

Mereka diundi dalam Kumpulan C bersama bekas juara dunia Hungary, New Zealand dan Australia, yang mendapat tempat keempat semasa edisi 2023.

Koh, 31 tahun, pada Selasa berkata: “Kami amat ghairah apabila mendapati kami akan ke kejohanan dunia. Pemain juga rasa amat bangga, dan rasa semua kerja keras dan dedikasi yang mereka telah letakkan dalam latihan ternyata berbaloi.”

Walaupun beliau tahu tahap pertandingan itu dibandingkan dengan Asia, beliau percaya ia akan menjadi pembakar semangat kepada beliau dan rakan sepasukannya – yang merupakan atlet sambilan dan ramai yang harus mengimbangi kerja atau sekolah dengan latihan. 

Beliau berkata: “Kami rasa gementar sebab kami tahu kami akan bersaing menentang pasukan amat kuat. Namun, kami bersemangat untuk lebih gigih mempersiapkan diri dan merebut sebaiknya peluang hebat ini.”

Naib presiden (polo air) Akuatik Singapura, Dominic Soh, menekankan pasukan wanita yang telah memenangi sebutir emas dan empat perak di Sukan SEA, bukan hanya akan ke Timur Tengah untuk mengambil bahagian.

Beliau berharap mereka dapat membina rentak daripada prestasi di Sukan Asia. Di China, mereka meraih keputusan memberangsangkan, termasuk mengalahkan Thailand, juara Sukan SEA pada 2015, 2017, 2019 dan 2023, serta Uzbekistan.

Pencapaian tempat keempat mereka adalah yang terbaik Singapura di Sukan Asia (Asiad).

Soh berkata: “Kami sangat bangga dengan pencapaian ini dan ia banyak merangsang keyakinan pemain. Tetapi, kami tahu Kejohanan Dunia akan menjadi cabaran lebih besar, jadi kami mengambil rentak daripada Sukan Asia untuk terus berusaha menjadi lebih baik.

“Pemain berlatih sangat gigih dan mereka semua mempunyai pemikiran untuk terus memperbaiki diri. Jurulatih kami juga sedang meneliti kekuatan dan kelemahan lawan kami di Kejohanan Dunia untuk memperhalus strategi permainan kami.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg